Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

42) PTRS

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisma yang diguna pakai untuk memastikan pihak ADUN terlibat program tersebut?

    mekanisme yang diguna pakai untuk memastikan pihak ADUN terlibat dengan program PTRS ialah:

    1- Pihak kawasan Dewan Negeri boleh menghubungi penyelaras sekolah yang dilantik. Bahagian ini boleh membekalkan maklumat berkenaan.

    2- Pihak urus setia juga telah menyediakan kumpulan whatsapp bersama pegawai yang menguruskan IPR di setiap kawasan Dewan Negeri.

  2. Berapakah jumlah bayaran yang telah dibayar kepada pengusaha tadika/guru-guru termasuk bilangan tadika yang telah memperolehi bantuan tersebut?

    Jumlah bayaran yang akan dibayar kepada pengusaha tadika dalam program bantuan pendidikan awal Negeri Selangor adalah sebanyak RM450.00. Pembayaran akan mula dilaksanakan pada bulan September. Jumlah permohonan untuk program ini adalah sebanyak 1,412 buah tadika dan 7177 orang guru.

  3. Adakah kaedah PTRS online akan diteruskan jika sekolah akan dibuka semula?

    Portal ePTRS.my akan terus beroperasi meskipun sekolah telah dibuka. Kandungan dalam portal ePTRS.my kini telah dikemaskini dengan memuatkan kandungan terkini pembelajaran dan sistem pentadbiran Tuisyen Rakyat Selangor yang kini dilaksanakan dalam talian beserta bimbingan guru.

Lampiran

Tiada Lampiran.