Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

46) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek perumahan dan pemaju yang bermasalah di negeri Selangor mengikut peringkat sehinggalah yang telah dikenal pasti sebagai terbengkalai?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 144 buah projek terbengkalai di Negeri Selangor yang telah dikenal pasti melibatkan 49,451 pembeli. Pecahan projek terbengkalai mengikut PBT adalah seperti berikut :

     

    STATISTIK PROJEK TERBENGKALAI DI NEGERI SELANGOR

     

     

    BIL

     

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    JUMLAH UNIT
    1 MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 19 5,480
    2 MAJLIS PERBANDARAN KLANG 28 4,061
    3 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 7 2,996
    4 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 13 3,022
    5 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 10 9,208
    6 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 16 2,936
    7 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 11 4,202
    8 MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 8 962
    9 MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR 11 5,405
    10 MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 13 7,238
    11 MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 8 3,941
      JUMLAH  

    144

     

    49,451

     

     

    Senarai nama-nama pemaju yang terlibat dengan projek terbengkalai dilampirkan seperti Lampiran A.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap projek-projek perumahan yang bermasalah khususnya di DUN Meru?

    Perancangan Kerajaan Negeri terhadap projek-projek perumahan yang bermasalah adalah seperti berikut :

     

    • Kerajaan Negeri akan minta KPKT untuk meningkatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) melalui pemantauan 6 bulan sekali di mana pemaju di wajib menghantar  Borang 7F untuk memaklumkan status terkini kedudukan projek yang sedang dibina.
    • Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu memantau secara dekat di mana Jadual Kedua Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 menghendaki pemaju mengemukakan Borang-borang A, B, C, D dan E kepada PBT dan salinan borangborang tersebut perlu dikemukakan kepada LPHS bagi tujuan pemantauan. Dengan mengemukakan salinan-salinan borang tersebut LPHS akan dapat mengenal pasti sekiranya berlaku masalah terhadap sesebuah projek dan tindakan awal akan dapat dijalankan.

     

    • LPHS melalui sistem pendaftaran pemaju akan memantau terus projek di mana pemaju dikehendaki berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Selain dari itu mereka turut dikehendaki mengemukakan laporan status projek berserta jadual kerja bagi setiap projek pembangunan di Selangor bagi tujuan pemantauan dan setiap projek dijalankan mengikut jadual. Dengan sistem pendaftaran pemaju ini juga  LPHS juga akan bertindak sebagai ‘one stop centre’ di mana semua maklumat dikumpulkan dan diedarkan kepada semua Bank, PBT dan KPKT sebagai sistem amaran awalan sekiranya berlaku projek terbengkalai. Lawatan ke tapak projek akan dijalankan dari masa ke semasa bersama pihak perunding projek, bank-bank berkenaan dan PBT sekiranya projek tersebut menunjukkan ciri-ciri projek akan bermasalah.

     

    • Konsep Bina dan Jual perlu dilaksanakan lebih meluas lagi. Melalui konsep ini masalah projek terbengkalai tidak akan berulang.
  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri bagi melindungi pembeli yang menjadi mangsa apabila projek perumahan mereka bermasalah?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, di antara langkah-langkah yang akan diambil bagi melindungi pembeli rumah adalah seperti berikut :
      • LPHS akan memaklumkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) melalui pemantauan 6 bulan sekali di mana pemaju di wajib menghantar Borang 7F untuk memaklumkan status terkini kedudukan projek yang sedang dibina.
      • Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan perlu diperoleh daripada sekurangkurangnya 85% daripada pembeli.

     

    • Bagi projek terbengkalai di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ia akan dirujuk kepada KPKT untuk mendapatkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi penyusunan semula pembiayaan pinjaman manakala bagi kes yang tidak berdaftar di bawah KPKT, LPHS akan mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai tersebut.

     

    • LPHS juga akan mengadakan perbincangan dengan pemaju terbabit bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank sekiranya projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.

     

    • Bagi pemaju yang menghadapi masalah kewangan, LPHS akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstrukturkan semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan. Sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju/kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada KPKT untuk membuat keputusan.

     

    • Bagi pemaju-pemaju yang sedang dalam proses atau telah digulung, perbincangan dengan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia akan diaturkan dari masa ke semasa untuk menyemak sama ada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) boleh mencadangkan mana-mana

    ‘liquidator’/Pegawai Penerima yang berwibawa bagi mempercepatkan pemulihan semula projek  terbengkalai. Bagi projek-projek yang telah diletakkan di bawah ‘liquidator’/Pegawai Penerima pula perbincangan akan dijalankan bersama ‘liquidator’/Pegawai Penerima terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.

     

    • Bagi projek yang boleh dipulihkan di mana melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk menilai semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek itu ingin diteruskan.

     

    • Kerajaan Negeri juga sebagai tindakan terakhir telah mengambil tindakan perampasan beberapa keping tanah atas faktor wujud pelanggaran peruntukkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah S.100 KTN dan pelanggaran syarat kegunaan tanah atau syarat tersirat di bawah S.129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin.

     

    • Penubuhan Jawatankuasa Task Force Projek Terbengkalai yang dipengerusikan oleh Y.B. Saari Sungib ADUN Hulu Kelang di mana tiga Konsultan iaitu Rimbun Capital Sdn. Bhd., RSS-PMC Sdn Bhd. dan Kumpulan Muhandis Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan jawatankuasa ini bagi membantu untuk menilai semula sama ada projek  terbengkalai tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. Setakat ini terdapat 48 projek dalam proses kajian pihak konsultan.

     

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke mahkamah. Begitu juga keadaannya apabila pembeli-pembeli rumah mereka terbengkalai. Kerajaan Negeri tidak mempunyai “locus standi” untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun pembeli boleh merujuk terus kes mereka ke Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

     

     

    SENARAI PEMAJU-PEMAJU YANG TERLIBAT DENGAN PROJEK TERBENGKALAI BAGI

    TAHUN 2009

     

    1. Tetuan TD Management Sdn. Bhd
    2. Tetuan Sri Damansara Sdn. Bhd.
    3. Tetuan Antara Vista Sdn. Bhd.
    4. Tetuan Peter Brickworks Sdn. Bhd.
    5. Tetuan Dataran Mantin Sdn. Bhd
    6. Tetuan DCA (M) Reality Sdn. Bhd
    7. Tetuan Bukit Cahaya Country Resorts Sdn. Bhd.
    8. Tetuan Carol Land Corp. Sdn. Bhd.
    9. Tetuan Sri Rambai Sdn. Bhd.
    10. Tetuan Unique Creation Sdn. Bhd.
    11. Tetuan Kelland Development Sdn. Bhd.
    12. Tetuan Bukit Rimau Development Sdn. Bhd &  Tetuan Rimau Indah Sdn. Bhd.
    13. Tetuan Restige Group Sdn. Bhd.
    14. Tetuan Tyss-Ain Sdn. Bhd.
    15. Tetuan Juta Permai Sdn. Bhd.
    16. Tetuan LBS Bina Group Berhad
    17. Tetuan Newacres Sdn. Bhd.
    18. Tetuan Prospell Development Sdn. Bhd.                               
    19. Tetuan Lembah Beringin Sdn. Bhd.
    20. Tetuan Perwira Indra Sakti Sdn. Bhd.
    21. Tetuan Modulex Sistem (M) Sdn. Bhd.
    22. Tetuan Litar Jaya Sdn. Bhd.
    23. ARK Development Sdn.Bhd
    24. Tetuan Jade San Reality Sdn. Bhd. Lim
    25. Tetuan JK-NBA Ventures Sdn. Bhd.
    26. Tetuan Ehsanibu Sdn. Bhd.
    27. Gerak Utusan Corp. Sdn Bhd.
    28. Tetuan Maxisegar Sdn. Bhd.
    29. Tetuan Konsortium Nuri Sdn. Bhd.
    30. Tetuan Aghniyak Builders Sdn. Bhd.
    31. Tetuan C.K. Lee Development Sdn. Bhd.
    32. Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd.
    33. Tetuan Visi Nusa Corporation Sdn. Bhd.
    34. Tetuan Galian Juta Sdn. Bhd.
    35. Tetuan Sri Palmar Development & Construction Sdn. Bhd.              
    36. Tetuan Sanjung Hemat Sdn. Bhd.
    37. Tetuan Koperasi Seri Kota Bukit Cherakah Sdn. Bhd.
    38. Tetuan Bumi Circle Sdn. Bhd.
    39. Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd.
    40. Tetuan Vega Builders Sdn. Bhd.
    41. Tetuan Mujur Zaman Development Sdn. Bhd.
    42. Tetuan Radiant Hart Construction Sdn. Bhd.
    43. Tetuan Mentera Dagang Sdn.Bhd. ( Baru).
    44. Tetuan Richmall Sdn. Bhd.

     

    45. Tetuan Syarikat Serambi Padu Sdn. Bhd.
    46. Tetuan Rui Development Sdn. Bhd.
    47. Tetuan Lian Feng Constraction Sdn. Bhd.
    48. Tetuan Pramax Sdn. Bhd.
    49. Tetuan Kabra Holdings Sdn. Bhd.
    50. Tetuan Skarf Narko Sdn. Bhd.
    51. Tetuan Syarikat Jaya Kencana Sdn. Bhd.
    52. Tetuan Superview Sdn. Bhd.
    53. Tetuan Jurubena Tenaga Sdn. Bhd.
    54. Tetuan Zed Enterprise Sdn. Bhd.
    55. Tetuan Y-Talis Housing Sdn. Bhd
    56. Tetuan Kumpulan Promista Sdn. Bhd.
    57. Tetuan Mudi Angkasa Sdn. Bhd.
    58. Tetuan Tegas Sejati Sdn. Bhd.
    59. Tetuan Ukayland Sdn. Bhd.
    60. Tetuan Perkasa Indera Sdn. Bhd.                           
    61. Tetuan PNSB Acmar Sdn. Bhd.                              
    62. Tetuan Bakti Suci Properties Sdn. Bhd
    63. Tetuan Décor Mewah Sdn. Bhd. &  Tetuan OISB Construction Sdn. Bhd
    64. Tetuan Lembah Jejak Sdn. Bhd.
    65. Tetuan Integrated Land Recources Sdn. Bhd. & Tetuan Teng Kong Enterprise Sdn. Bhd.
    66. Tetuan Ikhtiar Corporation Sdn. Bhd.
    67. Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd.
    68. Tetuan Fifth Marine Development Sdn. Bhd.
    69. Tetuan Lurah Pantas Sdn. Bhd. &

    Tetuan Reap & Rich Worldwide Holding Sdn. Bhd.

    70. Tetuan Andaman Timor Sdn. Bhd.                      
    71. Tetuan Sheikh Mah Development Sdn. Bhd. &  Tetuan Pesaka Intisari (M) Sdn. Bhd.
    72. Tetuan Farbina Sdn. Bhd. &

    Tetuan Tiara Etika Development (M) Sdn. Bhd.

    73. Binalif Bina Sdn. Bhd.
    74. Tetuan Mega 2 Sdn. Bhd
    75. Tetuan Y.B Dato’ Chong Eng Teng                     
    76. Tetuan FSK Development Sdn. Bhd.                    
    77. Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd.
    78. Tetuan Serosa Resources Sdn. Bhd.
    79. Tetuan Duta Nilai Sdn. Bhd.
    80. Tetuan Happy Home Development Sdn. Bhd.
    81. Tetuan Ample Development Sdn. Bhd.
    82. Tetuan ZM Development Sdn. Bhd.
    83. Tetuan Widhill Development & Construction Sdn. Bhd.
    84. Tetuan Imbuhan Murni Sdn. Bhd.
    85. Tetuan Kausar Corporation Sdn. Bhd.
    86. Tetuan TJ Plaza Sdn. Bhd.
    87. Tetuan Bahagia Indah Properties Sdn. Bhd.
    88. Tetuan Ukiran Mutu Sdn. Bhd.

     

    89. Tetuan Aga Development Sdn. Bhd.
    90. Tetuan Kemuncak Laksana Sdn. Bhd.
    91. Tetuan Delpuri Corporation Sdn. Bhd.
    92. Tetuan Lim Chin Hin & Sons Industries Sdn. Bhd.
    93. Tetuan Pembangunan Serendah  Sdn. Bhd.
    94. Tetuan Nilai Idaman Sdn. Bhd.
    95. Tetuan Tegoh Timber & Properties Sdn. Bhd.                           
    96. Tetuan Juta Rasmi Sdn. Bhd.  &   Tetuan Aramin Sdn. Bhd.
    97. Tetuan Capital Lane Sdn. Bhd
    98. Tetuan Sedaya Sdn. Bhd
    99. Tetuan Intelligent Mission Sdn. Bhd
    100. Tetuan Q-Vista Sdn. Bhd
    101. Tetuan Tenaga Gagah Sdn. Bhd.& Tetuan Honest Prestige Sdn. Bhd.
    102. Tetuan Perumahan Chianion Sdn. Bhd.
    103. Tetuan Green Cresent Sdn. Bhd.
    104. Tetuan Solarglow Sdn. Bhd.
    105. Tetuan Expand Faxtor Sdn. Bhd.
    106. Tetuan Lestari Puchong Sdn. Bhd.
    107. Tetuan Sentosa Restu Sdn. Bhd.
    108. Tetuan Kumpulan Sepang Utama Sdn. Bhd.
    109. Tetuan Peransang Tin Consulidated Sdn. Bhd.                            Tetuan Hals & Associates Sdn. Bhd.
    110. Tetuan Intel Vest Sdn. Bhd & Tetuan Metro Tegas Sdn. Bhd & Tetuan Continental Heights Development Sdn. Bhd.
    111. Tetuan Lembah Kerjaya Sdn. Bhd.
    112. Tetuan Talam Corporation Sdn. Bhd.
    113. Tetuan Perspektif Perkasa Sdn. Bhd.  & Tetuan Setia Haruman Sdn. Bhd.  & Tetuan Expand Gain Sdn. Bhd.
    114. MBO Mega Development
    115. Ikatan Darma

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.