Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

229) PROGRAM INSENTIF DIGITAL MEDIA USAHAWANITA MUDA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah latar belakang bidang perniagaan peserta yang terlibat dengan Program Insentif Digital Media Usahawanita Muda?

    Latar belakang bidang perniagaan peserta yang terlibat dengan Program Insentif Digital Media Usahawanita Muda adalah pelbagai, meliputi pelbagai sektor yang relevan dengan ekonomi digital dan keusahawanan moden. Berikut adalah beberapa bidang perniagaan peserta program:

    1. Makanan dan Minuman
    2. Fesyen dan Kecantikan
    3. Perkhidmatan Kreatif
    4. Kesihatan dan Kesejahteraan
    5. Pertanian dan Agroteknologi
    6. Pendidikan dan Latihan
  2. Apakah jangkaan keberhasilan bagi program tersebut?

    Jangkakan keberhasilan Program Digital Media Usahawan Wanita Muda:

    1. Seramai 200 peserta mendapat ilmu dan kemahiran daripada latihan lanjutan dan aktiviti praktikal.
    2. Seramai 30 peserta akan menggunakan platform program untuk mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka dalam bidang usahanita digital media dan melalui persaingan perniagaan secara sihat.
    3. Pertandingan juga disertakan dengan elemen pendidikan dan pembelajaran yang dapat meningkatkan kualiti dan prestasi peserta.
    4. Pertandingan juga dapat menjadi platform untuk membina rangkaian dan hubungan profesional di kalangan peserta. Ini dapat menggalakkan kolaborasi di antara peserta, membuka peluang untuk perkongsian idea dan pembelajaran antara mereka.
  3. Bagaimanakah perancangan Kerajaan Negeri membantu mengetengahkan produk usahawan wanita yang telah dilatih?

    Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) akan membantu mengetengahkan produk usahawan wanita yang telah dilatih dengan melaksanakan beberapa inisiatif berikut:

    1. Menganjurkan pameran dan ekspo perniagaan di peringkat DUN (melalui Pusat Wanita Berdaya), Daerah atau Negeri untuk memberikan peluang kepada usahawan wanita mempamerkan produk mereka kepada pelanggan dan pelabur yang lebih luas.
    2. Menyediakan sokongan dalam bentuk iklan dan promosi melalui saluran media tempatan dan nasional. Menggunakan media sosial rasmi Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan untuk mempromosikan produk usahawan wanita.
    3. Bekerjasama dengan rakan strategik iaitu Yayasan Hijrah Selangor dengan memberikan bantuan kewangan, geran, dan insentif kepada usahawan wanita untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka. Menyediakan pinjaman mikro dan dana khas untuk memudahkan usahawan wanita mengakses modal.
    4. Menawarkan latihan lanjutan dan program bimbingan untuk memastikan usahawan wanita terus meningkatkan kemahiran mereka dalam pemasaran digital dan pengurusan perniagaan.
    5. Membangunkan rangkaian usahawan wanita Selangor untuk saling berkongsi pengalaman, peluang perniagaan, dan sokongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.