Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
190) PINJAMAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status pinjaman yang belum dibayar balik oleh setiap PBT kepada Kerajaan Negeri sehingga tahun 2014
Status pinjaman yang belum dibayar balik oleh setiap PBT yang telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga 2014 adalah seperti berikut:-
Bil
Nama Pihak Berkuasa Tempatan
Jumlah Pinjaman Yang Belum Dibayar Balik Tunggakan (RM) Pokok(RM) Faedah(RM) Jumlah(RM) 1 Majlis Perbandaran Ampang Jaya
2,879,762.27
–
2,879,762.27
–
2 Majlis Perbandaran Kajang
9,095,486.70
–
9,095,486.70
–
3 Majlis Perbandaran Selayang
12,904,384.15
–
12,904,384.15
–
4 Majlis Daerah Sabak Bernam
8,806,800.00 721,360.00 9,528,160.00 2,543,060.00 5 Majlis Bandaraya Shah Alam
6,602,922.50 139,078.00 6,742,000.50 1,372,738.75 6 Majlis Daerah Kuala Selangor
14,100,000.00 244,000.00 14,344,000.00 3,370,232.27 7 Majlis Perbandaran
1,800,200.00 – 1,800,200.00 – Bil
Nama Pihak Berkuasa Tempatan
Jumlah Pinjaman Yang Belum Dibayar Balik Tunggakan (RM) Pokok(RM) Faedah(RM) Jumlah(RM) Subang Jaya JUMLAH (RM) 56,189,555.62 1,104,438.00 57,293,993.62 7,286,031.02 -
Adakah Kerajaan Negeri telah memansuhkan kadar faedah 4% terhadap pinjaman kepada PBT? Jika ya, adakah pinjaman sebelum ini juga dikecualikan kadar faedah 4%?
Sehingga kini, Kerajaan Negeri belum memansuhkan dasar kadar caj pembiayaan 4% terhadap pinjaman kepada PBT. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri daripada semasa ke semasa memberi pertimbangan pengecualian caj pembiayaan tersebut sekiranya pinjaman yang dibuat oleh PBT adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti penyampaian (service delivery) di PBT dan bukannya untuk aktiviti bertujuan komersial.
-
Adakah PBT dibenarkan membuat pinjaman daripada pihak lain selain daripada Kerajaan Negeri?
Selain daripada pinjaman daripada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dibenarkan mendapatkan pinjaman daripada institusi perbankan, berdasarkan kepada Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Bahagian V Peruntukan Kewangan:-
- Seksyen 41. Kuasa pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pinjaman.
- Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, melalui ketetapan dan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, dari semasa ke semasa mendapatkan melalui pinjaman apa- apa amaun dengan apa- apa syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi mana-mana daripada maksud yang berikut:
- untuk membayar perbelanjaan yang dilakukan atau yang akan dilakukan bagi mana-mana daripada yang berikut:
- pengambilan tanah yang pihak berkuasa tempatan itu diberi kuasa mengambilnya;
- mendirikan sesuatu bangunan yang pihak berkuasa tempatan itu ada kuasa mendirikannya;
- menjalankan sesuatu kerja tetap, mengadakan atau membaharui sesuatu loji atau mengadakan atau mengganti kereta; dan
- untuk menjelaskan pinjaman yang sedia ada:
Dengan syarat bahawa pinjaman itu tidak boleh menjadikan hutang Pihak Berkuasa Tempatan itu berjumlah lebih daripada lima kali
tahunan sebagaimana yang terdapat dalam Senarai Nilaian semasa Pihak Berkuasa Tempatan itu dan juga syarat bahawa tempoh pembayaran balik pinjaman itu tidak boleh lebih daripada enam puluh tahun.
Sebelum sesuatu ketetapan itu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan itu suatu anggaran lengkap hendaklah dibuat mengenai kos projek yang dicadangkan itu dan yang atasnya wang yang dipinjam itu hendak dibelanjakan, kos tahunan untuk menyenggara projek itu, hasil tahunan yang akan didapati daripadanya, lamanya tempoh projek itu, dan cara pembayaran balik yang dicadangkan.