Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
140) PILIHAN RAYA JKKK
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rasional Pilihan Raya JKKK ini ?
Projek Perintis Pemilihan Pengerusi JKKK ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan Pemilihan Pengerusi JKKK secara undian penduduk kampung. Selari dengan negara demokrasi yang dinikmati sekarang, penduduk kampung akan mendapat keistimewaan untuk memilih sendiri calon-calon yang berkelayakan untuk memimpin mereka melalui sistem undian bagi melantik Pengerusi JKKK. Sistem ini membuktikan ketelusan Kerajaan Negeri dalam mengutamakan hak rakyat dalam pemilihan pemimpin – pemimpin di peringkat akar umbi.
-
Adakah program ini membazirkan wang rakyat ?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengkaji secara terperinci kos-kos perbelanjaan yang melibatkan Projek Pemilihan Pengerusi JKKK dan telah memutuskan agar perbelanjaan hendaklah tidak melebihi Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja (RM20,000.00) bagi setiap kampung.
Jumlah ini adalah praktikal dan pembaziran wang rakyat dapat dielakkan. Sebaliknya, penduduk kampung mendapat manfaat yang besar dalam Pemilihan Pengerusi JKKK ini
-
Adakah program Pilihan Raya JKKK akan diperluaskan ke semua kawasan termasuk kampung tradisional ?
Setakat ini, Program Pemilihan Pengerusi JKKK tidak akan diperluaskan ke kampung tradisional kerana belum mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri