Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
45) PERUNTUKAN DARI KERAJAAN PUSAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Pusat kepada negeri ini dan perincikan setiap jabatan yang menerimanya
Jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Agensi/Jabatan dan
Kerajaan Negeri sehingga 31 Oktober 2009 adalah sebanyak RM428,458,236.35.
Anggaran jumlah keseluruhan Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Negeri
Selangor pada akhir tahun adalah sebanyak RM502,270,119.42.
Pemberian Geran Jalan raya Berdasarkan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya
Malaysia (MARRIS) ini merupakan Pemberian yang disalurkan oleh Kerajaan
Persekutuan secara bulanan dalam jumlah RM25,080,525 setiap bulan. Sehingga 31
Oktober 2009, jumlah yang telah diterima oleh Negeri Selangor adalah sebanyak
RM225,724,723.
Pemberian Berdasarkan Tahap Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup
(Tahap) adalah bertujuan membantu negeri-negeri khususnya negeri yang tahap
pembangunan yang masih rendah berupaya melaksanakan projek-projek
pembangunannya dengan matlamat pembangunan sosioekonomi yang seimbang di
seluruh negara. Terimaan Pemberian Tahap bagi Negeri Selangor adalah berjumlah
RM15,959,000.
Pemberian 5% bagi Projek Kerajaan Persekutuan yang Dijalankan oleh Kerajaan Negeri
diberikan selaras dengan peruntukan Perkara 80(5), Perlembagaan Persekutuan
membenarkan Kerajaan Negeri menuntut sejumlah bayaran perkhidmatan bagi projekprojek Persekutuan yang dilaksanakan. Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan
RM8,922,130 sebagai Pemberian 5% Negeri Selangor.
Pemberian Bagi Perbelanjaan Mengurus (50%) Bagi Jabatan-jabatan Di Bawah Senarai
Bersama merupakan bayaran yang membiayai 50% daripada kos pengurusan Jabatanjabatan di bawah Senarai Bersama di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Pengaliran dan
Saliran. Jumlah terimaan di bawah Pemberian ini bagi tahun 2009 adalah sebanyak
RM31,933,253.Pemberian 50% Peruntukkan Pengurusan Lembaga Muzium Negeri Selangor Dan
Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor adalah Pemberian berdasarkan prinsip
yang sama seperti Pemberian Bagi Perbelanjaan Mengurus (50%) Bagi Jabatan-jabatan
Di Bawah Senarai Bersama tetapi untuk Lembaga Muzium Negeri dan Perbadanan
Perpustakaan Negeri . Pemberian ini disalurkan terus kepada kedua Agensi ini melalui
KeKWa dan bukan Kerajaan Negeri. Anggaran Pemberian ini bagi tahun 2009 adalah
sebanyak RM8,407,528.
Pemberian Khas Negeri Selangor (Pemberian Pampasan Kuala Lumpur Dan Putrajaya)
adalah pampasan tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Selangor ke atas
kehilangan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jumlah Pemberian tahunan yang diberikan
adalah sebanyak RM25,805,638.
Pemberian Bilangan Penduduk (Capitation Grant) adalah Pemberian yang di buat
berdasarkan kepada perkara 109(1)(a), Perlembagaan Persekutuan berpandukan
jumlah penduduk sesuatu Negeri. Negeri Selangor telah menerima bagi tahun 2009
sebanyak RM72,762,148.
Pemberian Pertambahan Hasil di buat di bawah Akta Pemberian Pertambahan Hasil
1977 dan Akta Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan)1990 berdasarkan prinsip
“revenue sharing” iaitu apabila terdapat pertambahan di dalam hasil Kerajaan
Persekutuan di dalam sesuatu tahun kewangan. Jumlah terimaan Negeri Selangor bagi
Pemberian ini adalah berjumlah RM27,156,465.
Pemberian Bantuan 50% Bil Elektrik Pihak Berkuasa Tempatan adalah merupakan
bantuan Kerajaan Persekutuan bagi meringankan tanggungan bil elektrik PBT.
Pemberian ini disalurkan terus kepada PBT melalui Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan. Jumlah terimaan bagi tahun 2009 adalah berjumlah RM11,787,351.Perincian pemberian yang diterima bagi setiap jabatan adalah seperti berikut:
BIL. JENIS PEMBERIAN JUMLAH (RM) JABATAN YANG MENERIMA STATUS / LAIN-LAIN
1 Pemberian Jalanraya (MARRIS) 225,724,723.00 JKR, PBT, Kerajaan Negeri Pemberian diterima setiap awal bulan sebanyak RM 25,080,525.00. Telah diterima sehingga bulan September 2009.
2
Pemberian Berdasarkan Tahap
Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur
dan Kesejahteraan Hidup
15,959,000.00 Kerajaan Negeri Jumlah terimaan pada tahun 2009 sebanyak RM 15,959,000.00. Diterima pada 3 Ogos 2009.
3
Pemberian Bayaran Perkhidmatan
5% Kerana Penglibatan Kakitangan
Kerajaan Negeri Dalam
Melaksanakan Projek-projek
Persekutuan
8,922,130.00 Kerajaan Negeri
Jumlah terimaan mengikut jumlah keseluruhan
data 5% yang dihantar oleh setiap jabatan yang
terlibat. Diterima pada 22 Oktober 2009.
4 Pemberian Perbelanjaan Mengurus Jabatan Persekutuan (50%) 31,933,253.00 Kerajaan Negeri Terimaan adalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan Negeri bagi perbelanjaan pengurusan JKM, JPS dan Jabatan Veterinar Selangor.
5 Pemberian Tahunan Selangor 25,805,638.00 Kerajaan Negeri
Bayaran Pampasan bagi :- Kehilangan
wilayah: RM19,305,638.00 Kehilangan
Putrajaya : RM 7,500,000.00. Diterima pada 22
Januari 2009.
6 Pemberian Mengikut Bilangan Penduduk (Capitation Grant) 72,762,148.00 Kerajaan Negeri Pemberian Pertama pada Januari dan Pemberian Kedua pada September 2009.7 Pemberian Pertambahan Hasil 27,156,465.00 Kerajaan Negeri
Pemberian diterima pada 16 September 2009.
Jumlah sebanyak RM 6.35 juta telah ditolak
daripada jumlah asal sebanyak RM 33.506 juta
sebagai bayaran balik pendahuluan kepada MOF.
8 Pemberian Bantuan 50% Bil Elektrik Pihak Berkuasa Tempatan 11,787,351.00 Pihak Berkuasa Tempatan Pemberian disalurkan terus kepada setiap PBT.
9
Pemberian 50% Peruntukkan
Pengurusan Lembaga Muzium
Negeri Selangor Dan Perbadanan
Perpustakaan Negeri Selangor
8,407,528.35
Lembaga
Muzium dan
Perbadanan
Perpustakaan
Negeri Selangor
Muzium : RM2,908,713.23
Perpustakaan : RM 4,069,123.19
baki sebanyak RM 1,429,691.93 masih belum
diterima.
Jumlah Keseluruhan
(sehingga 28 Oktober 2009) 428,458,236.35 -
Terangkan tindakan Kerajaan Negeri jika peruntukan wajib ini sengaja dilewatkan pemberiannya
Sehingga kini masih belum ada Peruntukan yang lewat disalurkan oleh Kerajaan
Persekutuan kepada Negeri Selangor. Jika terdapat kelewatan dalam penerimaan
Peruntukan, Kerajaan Negeri boleh membuat permohonan bertulis kepada Kementerian
Kewangan Malaysia untuk menyegerakan penyaluran Peruntukan.