Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
125) PERPUSTAKAAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan secara terperinci perpustakaan awam di seluruh negeri Selangor
Pada masa ini terdapat 90 buah perpustakaan awam di seluruh negeri Selangor
yang ditubuhkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Ini tidak
termasuk perpustakaan-perpustakaan awam yang ditubuhkan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Perpustakaan-perpustakaan awam ini terdiri
daripada :Bil. Perpustakaan PPAS Jumlah
1. Perpustakaan Neaeri 1
2. Perpustakaan Daerah 7
3. PerDustakaan Cawangan 4
4. Perpustakaan Pekan 6
5. Perpustakaan Desa 67
6. Perpustakaan Bergerak 5
Keseluruhan 90Manakala 173 buah perpustakaan yang lain di bawah pelbagai agensi juga
terdapat di dalam negeri Selangor.Antaranya:Bil. Perpustakaan Jumlah
1. Perpustakaan PBT 2
2. Perpustakaan AkademikIPTA 3
3. Perpustakaan AkademikIPTS 82
4. Perpustakaan Khusus Guna 48
sama
5. Perpustakaan Khusus Luar 36 Guna sama (Swasta)
6. Perpustakaan Khusus Luar 2 Guna sama lPertubuhan)
Keseluruhan 173Bagi menambah pusat perkhidmatan perpustakaan awam, pelbagai langkah
yang telah diambil oleh pihak kerajaan negeri dan Perbadanan Perpustakaan
Awam Selangor bagi memartabatkanbudaya membaca di kalangan masyarakat
Selangor.
Penubuhan dan pembukaan perpustakaan di seluruh pelusuk negeri
merupakan satu langkah serius dan usaha bagi menggalakkan budaya
membaca di kalangan masyarakat. Perpustakaan yang dilengkapi berbagai
bahan dan media pembacaan yang dapat memenuhi keperluan pembacaan dan
ilmu pengetahuan. Kemudahan serta pengisian perpustakaan ini sesuai untuk
semua golongandan tahap pendidikandi dalam masyaraka -
Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi memperbanyakkan perpustakaan awam bagi menggalakkan budaya membaca khususnya di kawasan desa dan penempatan kos rendah di seluruh negeri Selangor?
Oi samping usaha memperbanyakkan perpustakaan awam, penganjuran
program ke arah menggalakkan budaya membacajuga dilaksanakan. Programprogram ini dianjurkan oleh Perbadanan PerpustakaanAwam Selangor dengan
menubuhkan Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri yang berperanan
merancang dan menggerakkan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada
menanam tabiat suka membaca di kalangan masyarakat. Oi bawah
jawatankuasa ini akan dibantu oleh Jawatankuasa Gerakan Membaca Oaerah
bagi melaksanakanperananyang sama.
Semua program -program dirancang dan mendapat kerjasama daripada pihak
lain seperi jabatan-jabatan kerajaan, majlis daerah, pejabat daerah, pejabat
pendidikan, penghulu, JKKK, pihak swasta dan badan-badansukarela
Semua program yang dirancangkanbermatlamatkan:
i) Menyemai minat membaca dan menjadikannyasatu budaya dan amalan
harian masyarakat
ii) Menjadikan perpustakaansebagai tempat kunjungan oleh semua lapisan
masyarakat sama ada untuk menimba ilmu, merehatkanminda, membuat
penyelidikan
iii) Menggalakkan amalan membaca sebagai satu amalan yang
mendatangkan faedah kepada masyarakat dari segi minda yang sihat,
matang, intelek dan menjadi masyarakatyang berguna kepada negara