Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

63) PENJAGAAN KAWASAN TADAHAN HUJAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan terhadap pengusaha-pengusaha chalet dan peniaga-peniaga yang beroperasi di tepi sungai yang didapati mengotor saluran punca air, terutama di Sungai Lui, Pangsoon dan Sungai Tekali?

    Inventori binaan struktur chalet/pelancongan di kawasan hulu sungai telah dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat dan LUAS pada tahun 2012. Pada masa ini tindakan susulan sedang dijalankan dan tiada penambahan struktur terhadap binaan sedia ada dibenarkan.

     

    Sebarang struktur yang dibina selepas berkuatkuasanya Enakmen LUAS 1999 pada tahun 2000 di dalam rizab sungai atau dalam zon banjir adalah tertakluk kepada kebenaran bertulis dari Lembaga di bawah seksyen 70 (1) Enakmen LUAS 1999. Pihak Lembaga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pembinaan yang tidak mempunyai kebenaran bertulis

    Selain tindakan terhadap struktur yang dibina tanpa kebenaran, Lembaga juga mempunyai kuasa terhadap sebarang pencemaran yang dilepaskan ke dalam sumber air di bawah seksyen 79(1) Enakmen LUAS 1999.

Lampiran

Tiada Lampiran.