Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

157) PENJAGAAN JALAN-JALAN DI SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerap diadu oleh rakyat berkenaan dengan taraf jalan-jalan di taman perumahan. Salah satu aduan biasa ialah jalan yang tidak rata dan kenapa jumpai lubang-Iubang (potholes) Adakah satu sistem yang diaturkan dan di ikuti oleh pihak penjagaan jalan untuk menurapkan (tarring) jalan, contohnya setiap kali dalam tempoh beberapa tahun dan kerap sedikit di jalan-jalan yang sibuk digunakan.

  2. Penurapan jalan diuruskan oleh kontraktor swasta. Turapan yang sepatutnya ialah setebal dua inci tetapi dilaksanakan tidak sampai dua inci (tiga perempat inci) menyebabkan jalan cepat berlubang. Apakah langkah yang digunakan untuk memastikan mutu penurapan dicapai?

  3. Apakah rancangan yang akan disempumakan pada masa hadapan untuk menjayakan program tersebut?

Lampiran

Tiada Lampiran.