Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
43) PENGURANGAN KADAR CUKAI PINTU 25% UNTUK PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah unit rumah pangsapuri kos rendah yang mendapat penurunan kadar cukai pintu sebanyak 25% mengikut pecahan PBT?
-
Berapakah jumlah nilai kewangan untuk pangsapuri kos rendah yang menikmati pengurangan kadar cukai pintu 25% mengikut pecahan PBT dan apakah sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai pengurangan kadar cukai pintu pangsapuri kos rendah ini?
-
Senaraikan pangsapuri kos rendah yang gagal membentuk Jawatankuasa Pengurusan untuk pangsapuri kos rendah dalam kawasan MPS dan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pangsapuri yang gagal membentuk Jawatankuasa Pengurusan walaupun telah banyak kali mencuba kerana kegagalan penghuni untuk membayar yuran pengurusan.