Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

185) PENDIDIKAN STEM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah dan perancangan Kerajaan Negeri dalam menggalakkan Pendidikan STEM dalam kalangan murid di sekolah dan di luar sekolah?

    Kerajaan Negeri telah mula mengambil langkah untuk menggalakkan pendidikan STEM bermula pada tahun 2017 di mana program-program STEM  dan Inovasi telah diserapkan dalam program Karnival Pendidikan Negeri Selangor pada tahun tersebut. Pada tahun 2018 Program STEM juga telah dilibatkan dalam Karnival pendidikan melalui Pertandingan Inovasi antara sekolah-sekolah dan pameran STEM dengan kerjasama National STEM Movement. Pameran ini telah dilaksanakan dengan kerjasama dengan pelbagai IPT dan berjaya menarik pengunjung daripada pelbagai lapisan umur masyarakat.

    Selain itu, pada tahun 2019 Kerajaan Negeri telah menjadikan Program Pembangunan Inovasi dan Pendidikan sebagai salah satu agenda kepada pembangunan pendidikan Negeri Selangor. Oleh itu bagi melalui agenda ini beberapa program berasaskan STEM akan dilaksanakan antaranya ialah :

    • Program Kem Sains dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Taman Botani Shah Alam dan Jawatankuasa Tetap Inovasi sempena Minggu Sains Negeri peringkat Negeri Selangor.
    • Pertandingan Mono –teater STEM yang akan dilaksanakan bermula pada bulan Ogos nanti. Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyampaikan idea dan buah fikiran mereka dengan menggunakan teknik penyampaian yang betul.

    Program pembangunan guru-guru STEM yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos ini dan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pusat STEM Negara dan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

  2. Adakah terdapat bantuan atau insentif kepada pihak sekolah bagi tujuan ini?

    Buat masa ini bantuan atau insentif yang diberikan kepada pihak sekolah bagi tujuan ini diberikan dalam bentuk program sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.