Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

157) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan sungai-sungai utama di Selangor mengikut kadar pencemaran

    Berikut adalah status kualiti air sungai-sungai utama di Selangor berdasarkan pemantauan kualiti air di Loji Pembersihan Air (LPA) oleh Air Selangor Sdn Bhd sehingga Jun 2018 :

    NAMA SUNGAI NAMA LPA INDEKS KUALITI

    AIR (IKA)

    KELAS
    Sungai Selangor Rasa 89.5 II
    Rantau Panjang 77.3 II
    SSP1 74.7 III
    SSP2 70.4 III
    SSP3 78.6 II
    Sungai Bernam Bernam River Headworks

    (BRH)

    88.4 II
    Sungai Selisek 87.9 II
    Sungai Langat Sungai Langat 87.0 II
    Cheras Batu 11 74.5 III
    Bukit Tampoi 74.7 III
    Sungai Semenyih Sungai Semenyih 80.3 II

    Berdasarkan bacaan IKA di LPA-LPA ini, berikut adalah purata kelas sungaisungai utama :

    i. Sungai Selangor : 78.1 (Kelas II)
    ii. Sungai Bernam : 88.2 (Kelas II)
    iii. Sungai Langat : 78.7 (Kelas II)
    iv. Sungai Semenyih : 80.3 (Kelas II)

     

    # Status kualiti air sungai juga boleh dirujuk berdasarkan bacaan IKA di bawah Program Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor.

     

    # Rujukan Kelas Sungai adalah seperti di Lampiran.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menurunkan kadar pencemaran sungai di Selangor?

    Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air.

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mewartakan semua 7 empangan di Negeri Selangor di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999. Selain itu, sejumlah 105 batang sungai kini turut telah melalui proses pewartaan di bawah peruntukan yang sama. Tujuan pewartaan ini adalah untuk melindungi sungai dan rizab sungai daripada gangguan kepada kuantiti, kualiti dan persekitarannya.

    Pemantauan berkala dilaksanakan oleh Lembaga bersama agensi berkaitan bagi memastikan sumber air dan kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya.

    Penguatkuasaan perundangan yang diperuntukkan juga dilaksanakan secara holistik dalam penjagaan sumber air, antaranya :

    1. pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor),
    2. pemberian Kebenaran Bertulis bagi Aktiviti Pengubahan Sumber, dan
    3. pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan pendakwaan bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan sumber air.
  3. Bagaimanakah kaedah bagi mengatasi sungai-sungai yang tercemar?

    Dalam usaha menangani isu-isu pencemaran sumber air, kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan melalui jawatankuasajawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu:

    1. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri,
    2. Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Pengarah

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS); dan

    • Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor, yang dipengerusikan oleh EXCO Alam Sekitar.

    LAMPIRAN

    KELAS SUNGAI

    KELAS IKA KLASIFIKASI / KEGUNAAN AIR
    I > 92.7 Sangat Baik.

    Sumber Air I : Tidak memerlukan sebarang rawatan.

    Perikanan I : Untuk spesis akuatik yang sangat sensitif.

     

    II 76.5 –  92.7 Baik.

    Sumber Air II : Air memerlukan rawatan konvensional.

    Perikanan II : Untuk spesis akuatik yang sensitif.

     

    III 51.9 – 76.5 Sederhana.

    Sumber Air III : Air memerlukan rawatan intensif.

    Perikanan III : Umum, aktiviti nilai ekonomi, penternakan haiwan.

     

    IV 31.0 – 51.9 Tercemar.

    Sesuai untuk pengairan.

     

    V <31.0 Sangat Tercemar.

    Air tidak sesuai untuk sebarang aktiviti di atas.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.