Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
67) PENCEMARAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah komitmen kerajaan untuk mengatasi pencemaran kualiti air, udara dan bau khususnya di sungai-sungai dan pantai-pantai?
Bagi mengatasi pencemaran kualiti air, udara dan bau di sungai-sungai dan pantai-pantai yang mana berpunca dari pelepasan buangan dari aktiviti industri, perniagaan dan komersil, pelepasan kumbahan serta pembuangan sisa pepejal, Kerajaan Negeri mempunyai komitmen yang tinggi di dalam menyelesaikan masalah pencemaran tersebut dengan mengambil langkah-langkah sewajarnya, antaranya melaksanakan tindakan-tindakan seperti berikut:
- Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi kawalan pencemaran air, udara dan bau di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan- peraturan di bawahnya oleh Jabatan Alam Sekitar. Selain dari itu, agensi- agensi lain juga turut menguatkuasakan undang-undang di bawah bidangkuasa mereka seperti Akta Kerajaan Tempatan, 1974 (Akta 133) di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Enakmen Lembaga Urus Air Selangor, 1999 di bawah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kanun Tanah Negara, 1965 di bawah Pejabat Tanah dan Daerah, Akta Perhutanan Negara, 1984 di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Enakmen Peladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor;
- Jabatan Alam Sekitar menjalankan program penguatkuasaan berjadual ke atas kilang-kilang yang dikenalpasti berisiko melakukan pencemaran air atau udara bagi memastikan kilang-kilang tersebut sentiasa mematuhi peraturan;
- Jabatan Alam Sekitar serta lain-lain agensi berkaitan juga turut menjalankan program pemantauan dan rondaan darat ke atas kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlaku aktiviti yang boleh mengakibatkan pencemaran kepada kualiti air, udara dan bau di sungai-sungai dan pantai-pantai Negeri Selangor bagi pengesanan awal bagi mengelakkan berlakunya pencemaran;
- Selain dari itu, aktiviti program pendidikan dan kesedaran kepada orang awam, pihak industri, para petani dan pihak-pihak yang berkepentingan dilaksanakan seperti mengadakan seminar, bengkel, ceramah dan pameran bagi memastikan mereka memberi kerjasama dalam usaha-usaha penjagaan alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyumbang kepada pencemaran kepada kualiti air, udara dan bau; dan
- Untuk makluman, dari 1 Januari 2014 – 17 November 2014 Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menerima sebanyak 2,023 aduan yang terdiri daripada aduan pencemaran air termasuklah pencemaran badan air seperti sungai atau pantai, udara, bunyi bising, buangan sisa pepejal dan lain-lain. Pada tempoh tersebut, tindakan undang-undang yang telah diambil kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ialah sebanyak 87 kes telah diambil tindakan pendakwaan di mahkamah di mana 63 kes adalah bagi kesalahan pencemaran air dan udara manakala tindakan kompaun ialah sebanyak 528 kompaun telah dikeluarkan.
-
Berapakah kos yang telah diperuntukkan dan dibelanjakan bagi melaksanakan program pemulihan alam sekitar?
Untuk makluman ahli yang berhormat, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar memperuntukan RM 450,000.00 setahun bagi melaksanakan program pemulihan alam sekitar dan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kesedaran kepada orang awam dalam usaha-usaha penjagaan alam sekitar. Manakala mulai tahun 2015, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar memperuntukan RM 1,000,000.00 setahun untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan pemulihan dan pendidkan alam sekitar.
-
Apakah kerajaan berjaya memelihara kawasan hutan simpan di Selangor dari dicerobohi?
Ya, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) pada masa kini masih mengekalkan 70 buah hutan simpan di dalam Hutan Simpanan Kekal dan telah diwartakan di seluruh Negeri Selangor dengan jumlah keluasan lebih kurang 250,129 ha atau pun 31.54% daripada keluasan Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan juga telah berjaya mewartakan Taman Warisan Negeri Selangor seluas 93,001.84 ha dan tiada pewartaan keluar HSK semenjak tahun 2012 hingga masa kini. Disamping itu, pada masa kini Jabatan Perhutanan mengambil langkah proaktif di dalam menyelesaikan masalah pencerobohan rizab hutan seperti berikut:-
- Rondaan Berkala
Jabatan Perhutanan menjalankan rondaan di sepanjang sempadan di luar- luar hutan simpanan kekal. Tumpuan diberikan terhadap kawasan-kawasan yang berhampiran dengan penempatan.
- Pemantauan Udara
Jabatan juga menjalankan pemantauan udara untuk mengenalpasti secara menyeluruh kawasan-kawasan yang berkemungkinan berlaku pencerobohan hutan.
- Pemantauan melalui imej satelite
Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) telah membangunkan sistem yang dikenali sebagai ‘Forest Monitoring Using Remote Sensing’ (FMRS). Dalam sistem ini, pemantauan kawasan ‘hot-spot’ dan sebarang kes dikesan melalui perubahan imej satelite. Kawasan ini dibuat diperingkat Unit Penguatkuasaan dan Pegawai-pegawai Hutan Daerah.
- Program Kesedaran
Jabatan Perhutanan juga melaksanakan penerangan-penerangan dengan memberi input mengenai elemen-elemen kesalahan hutan dari masa ke semasa mengikut program yang telah ditetapkan. Penglibatan aktif dari masyarakat di sekitar hutan simpanan kekal. Penubuhan Persatuan Pertubuhan Sahabat Hutan Paya Gambut Selangor Utara (SHGHU).
Selain dari langkah-langkah yang dijelaskan sebelum ini, Jabatan juga telah mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kejadian pencerobohan hutan.
- Membina Penghadang/ ‘boom-gate’ pada jalan masuk ke kawasan- kawasan yang sensitif dan terdedah kepada pencerobohan. Ianya dipantau dari semasa ke
- Jabatan juga mengambil tindakan penguatkuasaan dengan memusnahkan tanaman-tanaman serta menjalankan program tanaman semula dengan pokok-pokok hutan menggunakan peruntukan tahun semasa. Bagi kawasan-kawasan yang baru dikesan, Jabatan mengeluarkan notis terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan
Maklumat tambahan daripada Jabatan Alam Sekitar:
- Undang-undang berkaitan kawalan pencemaran air dan udara di bawah Akta Kualiti Alam Sekelulung 1974 adalah seperti berikut:-
- Seksyen 22, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 berkaitan larangan pencemaran udara;
- Seksyen 24, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 berkaitan larangan pencemaran ke atas tanah;
- Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 berkaitan larangan pencemaran ke dalam sungai;
- Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 berkaitan larangan pembakaran terbuka;
- Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 berkaitan larangan pelupusan haram buangan terjadual;
- Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977;
- Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978;
- Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987;
- Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989;
- Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009;
- Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009; dan
- Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih)