Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
273) PENCAPAIAN PROSES PENYELESAIAN KILANG HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mempunyai maklumat yang tepat tentang taburan kilang haram di seluruh negeri?
Ada.
-
Bagaimana sumber maklumat diperolehi?
Maklumat berkaitan kilang haram diperolehi melalui bancian yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD).
-
Berapa jumlah dan berapa peratus kes yang telah diselesaikan?
Jumlah kilang yang telah membuat permohonan tukar syarat adalah sebanyak 1,275 daripada 3,327 buah kilang di Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30%, iaitu 1,000 permohonan telah diselesaikan dan butirannya mengikut daerah adalah seperti di LampiranA