Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas Tahun 2025
7 Julai 2025 Hingga 11 Julai 2025 Dan 14 Julai 2025 Hingga 18 Julai 2025
396) PEMBANGUNAN BERSEPADU WILAYAH SELATAN (IDRISS)
Tahun: 2025
Sesi: 2
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan (IDRISS) di Kuala Langat terkini?
Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor – Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS) merupakan inisiatif pembangunan pelaburan oleh pemaju swasta secara bersepadu pasca pandemik di daerah Sepang dan Kuala Langat yang didorong serta dilengkapkan dengan kemudahan dan sokongan berbentuk insentif dari Kerajaan Negeri juga Persekutuan.
Sebagai makluman sehingga kini sebanyak 10 projek cadangan pembangunan telah diperakukan dan disenaraikan dalam pembangunan wilayah IDRISS oleh kerajaan Negeri, di mana 5 projek pembangunan terletak di Daerah Sepang manakala 5 projek lagi terletak dalam Daerah Kuala Langat.
Daripada 10 projek yang disenaraikan dibawah pembangunan IDRISS, sebanyak 3 projek telah memulakan kerja-kerja pembangunan. Sebanyak 6 projek dalam fasa pra-perlaksanaan dimana pihak pemaju dalam proses mendapatkan kelulusan – kelulusan pembangunan daripada agensi teknikal yang berkaitan dan hanya 1 projek yang masih menunggu keputusan lanjut daripada pihak Kerajaan Persekutuan.
Ringkasan status perlaksanaan projek – projek dalam pembangunan IDRISS seperti berikut;-
Bil. Projek Keluasan (Ekar) Pemaju Status Pelaksanaan 1. Selangor Business Capital 143.24 PKNS Pra – Pelaksanaan 2. Selangor Aero Park (SAP) 600.00 MBI Dalam Pelaksanaan 3. Sepang Goldcoast Global Village 988.00 Sepang Goldcost Pra – Pelaksanaan 4. Integrated AgTech and Life Sciences Hub 1,083 Genting Property Dalam Pelaksanaan 5. KLIA Aero Polis 2,238.00 MAHB Dalam Pelaksanaan 6. NCT Smart Industrial and Business Park 732.50 NCT Land Dalam Pelaksanaan 7. 3rd Port Terminal, Pulau Carey 1,085.84 PKNS Pra – Pelaksanaan 8. Carey Island Special economic Zone (SEZ) – MBI Belum Mula 9. Amverton Cove Eco-Integrated Township 1,590.00 Amverton Bhd Pra – Pelaksanaan 10. Able Business Park, Kuala Langat 208.35 Able Dev. Pra – Pelaksanaan Nota;
- Belum Mula : Peringkat Perbincangan.
- Pra – Perlaksanaan : Penyediaan Kertas Kerja / Proses Kelulusan Pembangunan
- Dalam Perlaksanaan. : Proses Pembangunan / Pembinaan
- Selesai : Projek Telah Siap Dibangunkan.
- Gugur : Projek digugurkan dari senarai.
-
Apakah pembangunan yang telah dirancang di Kuala Langat khususnya di DUN Morib didalam pembangunan IDRISS ini?
Cadangan pembangunan kawasan perindustrian berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) yang dirancang untuk dibangunkan oleh syarikat Able Development Sdn Bhd yang berkeluasan 208.35 ekar terletak dalam DUN Morib. Anggaran pelaburan bagi projek ini berjumlah RM 3 bilion dan projek ini masih dalam peringkat proses kelulusan pembangunan.
-
Apakah syarat-syarat jika pelabur ingin melabur dan bagaimana cara untuk berhubung dalam menyertai projek ini?
Kriteria kelayakan projek dibawah Pembangunan Serantau Bersepadu di Selangor Selatan (Integrated Development Region in South Selangor – IDRISS) seperti berikut;
- Pembangunan hartanah bagi tujuan perindustrian, perniagaan dan perumahan yang membawa kesan impak ekonomi kepada negeri dan kawasan setempat.
2. Keluasan minima bagi cadangan pembangunan bagi setiap projek adalah 200 ekar dan dalam satu hakmilik sahaja.
- Bagi pembangunan yang kurang daripada 200 ekar perlu mendapatkan kelulusan khas Pihak Berkuasa Negeri.
- Sekiranya hakmilik kurang daripada 200 ekar dan melibatkan beberapa hakmilik, proses penyatuan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Pelaksanaan Projek Pembangunan Serantau Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS) bagi proses sokongan.
- Projek pembangunan yang strategik, bernilai dan berimpak tinggi dengan penerapan Industri 4.0 layak dipertimbangkan walaupun keluasan pembangunan kurang daripada 200 ekar.
Sekiranya ada pemilik tanah yang berskala besar di daerah Sepang dan Kuala Langat yang ingin menyenaraikan cadangan pembangunan dalam pembangunan IDRISS, pihak pemilik tanah boleh berhubung dengan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan dan Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor bagi mengemukakan kertas cadangan untuk dibentangkan bagi pertimbangan pihak Kerajaan Negeri.
Selain itu, bagi para pelabur yang berminat juga boleh menyertai pembangunan ini dengan menempatkan operasi perniagaan atau pelaburan mereka dalam projek pembangunan hartanah yang dibangunkan, dimana para pelabur boleh berhubung secara langsung dengan pemaju projek bagi meninjau peluang – peluang pelaburan yang ditawarkan.
