Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

66) PELARASAN GRED DAN GAJI GURU KAFA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah elaun terkini diterima?

    Elaun Guru KAFA terkini yang diterima oleh Guru KAFA adalah berjumlah RM1,300.00.

  2. Apakah ada apa-apa halangan pelaksanaan ini?

    Untuk melaksanakan gred gaji seperti yang dinikmati oleh penjawat awam kontrak dan tetap cabaran yang perlu dibuat adalah mengujudkan perjawatan dan implikasi kewangan yang tinggi setiap tahun.

  3. Sudahkah tindakan diambil bagi penyelarasan gred gaji serta insentif telah dibuat?

    Tindakan menyelaras kenaikan elaun dari RM1,300.00 kepada RM1,500.00 dan insentif lain sedang diusahakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.