Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

23) PELANCONGAN WARISAN BATU ARANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan perlaksanaan rancangan pelancongan warisan di Batu Arang?

    Saranan daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Selangor kepada keperluan terhadap satu kajian saintifik terperinci berkaitan analisis geologi di Tapak Lombong Arang Batu, Batu Arang telah membantu dalam penyediaan dokumen Rancangan Kawasan Khas Bandar Batu Arang, Gombak terutamanya dalam mengenal pasti potensi danhalangan kawasan kajian dan seterusnya membantu dalam pembentukan strategi dan cadangan pembangunan Bandar Batu Arang yang komprehensif dan berdaya laksana.

    Kajian saintifik ini akan menghasilkan tiga (3) output utama iaitu :

    i. Rancangan Kawasan Khas untuk kawalan pembangunan, pemeliharaan danpemuliharaan bengunan lama/bersejarah,
    ii. Pelan Pengurusan Pemuliharaan (CMP) sebagai garis panduan kawalan pembangunan; dan
    iii. Pelan Risiko Bahaya kawasan kajian bagi mengelakkan risiko keruntuhan bagi pembangunan di kawasan kajian.

    Dalam penyediaan dokumen pemajuan ini, JBPD Negeri Selangor telah mengariskan matlamat pembangunan untuk menjadikan serta melindungi Bandar Batu Arang sebagai kawasan berkepentingan warisan dan taman tema geologi. Antara penyelarasan yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

    (1) Meysuarat JKT Laporan Faktual Kajian Penilaian Geologi Bandar Batu Arang, Gombak telah dilaksanakan pada 19 November 2020.

    (2) Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal (JKT) Laporan Akhir Bagi Kajian Penilaian Geologi Permukaan dan Subpermukaan Bandar Batu Arang, Gombak telah dilaksanakan pada 12 April 2021.

    (3) Bengkel Focus Group Discussion (FGD) Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK), Bandar Batu Arang, Gombak telah dilaksanakan pada 16 Julai 2021.

    (4) Semakan Draf Akhir Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK), Bandar Batu Arang, Gombak telah dilaksanakan pada 28-29 September 2021.

    (5) Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT) bagi Laporan Draf Akhir Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK), Bandar Batu Arang, Gombak telah dilaksanakan pada 11 Oktober 2021.

    Kajian berhubung zon ini juga turut terlibat dalam pembentukan Kajian GeoPark Gombak- Hulu Langat, Selangor (GHL Geopark) yang dijalankan oleh JBPD Negeri Selangor bagi memastikan aset sejarah dan warisan ini terpelihara selaras dengan pelaksanaan rancangan pembangunan yang dibentuk di peringkat negeri. Tapak Bekas Lombong Batu Arang, Gombak juga adalah di antara lima (5) gertapak yang telah disenarai utamakan daripada 20 geotapak dalam Kajian Geopark Gombak – Hulu Langat. JPBD Selangor dan JMG Selangor telah menyediakan prasarana seperti papan tanda informasi dan geosite standing marker untuk mewar-warkan Geopark GHL Selangor kepada stakeholder khususnya penduduk yang akan menjadi ‘local champion’ dan ‘spokeperson’ untuk menjual produk pelancongan Geopark Selangor dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pro Tempore Geopark Gombak – Hulu Langat (Geopark GHL) Negeri Selangor Bil.1/2021 pada 13 September 2021.

    Selain daripada pembangunan Rancangan Kawasan Khas, perlindungan tapak-tapak warisan dan sejarah di Batu Arang juga turut diperkukuhkan melalui pewartaan tapak-tapak warisan melalui Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Cabutan daripada keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 34/2021 bertarikh 13 Oktober 2021 telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 35/2021 pada 20 Oktober 2021.

    Kertas Ringkasan MMK. NO. 23/34/2021 yang telah disahkan oleh MMKN ke 35/2021 pada 20 Oktober 2021 adalah seperti berikut:

    MMKN menimbang dan meluluskan Permohonan oleh Jabatan Warisan Negara untuk menetapkan Tapak-Tapak Warisan di Negeri Selangor sebagai Tapak Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) seperti yang berikut :

    (1) Terowong Arang Batu dan Airshaft Building, Batu Arang, Rawang, Selangor
    (2) Sekolah Kebangsaan Cina, Batu Arang, Rawang, Selangor
    (3) White House (Mes Pegawai Tentera), Batu Arang, Rawang, Selangor
    (4) Pejabat Pos, Batu Arang, Rawang, Selangor
    (5) Berek Askar Gurkha, Batu Arang, Rawang, Selangor
    (6) Bangunan Kelab Sukan Pekerja Lombong, Batu Arang, Rawang, Selangor
    (7) Rumah Kelab Eropah, Batu Arang, Rawang, Selangor
    (8) Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Rawang, Selangor
    (9) Rumah Semboyan Keretapi, Batu Arang, Rawang, Selangor
    (10) Pejabat Malayan Colieries Ltd, Batu Arang, Rawang, Selangor

  2. Apakah tindakan kerajaan bagi melindungi harta-harta warisan di Batu Arang?

    Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) Negeri Selangor Bil 6/2019 pada 10 Disember 2019 yang menangguhkan permohonan Kebenaran Merancang untuk pembangunan perumahan dan perniagaan di Lot 13 Seksyen 1, Bandar Batu Arang adalah antara tindakan terawal yang dilakukan oleh kerajaan bagi melindungi segala bentuk aspek warisan dan geologi yang berada di atas Tapak Lombong Batu Arang tersebut.

     

    Ini berikutan susulan ulasan berkaitan aspek keselamatan oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Selangor yang memaklumkan kajian geologi subpermukaan terperinci perlu dijalankan di kawasan permohonan keranan ia terletak di kawasan bekas lombon Batu Arang yang terdedah kepada bencana geologi dan geoteknik. Perincian bagi ulasan oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Selangor adalah seperi berikut:

     

    (1)    Tekanan pembangunan yang tinggi di sekitar kawasan kajian yang menghampiri kawasan bekas lombing yang didasari oleh rangkaian terowong bawah tanah dan mempunyai nilai warisan sejarah.

    (2)    Ketiadaan maklumat terkini yang terperinci dan khusus berkaitan struktur, sifat geologi permukaan dan subpermukaan serta pemetaan rangkaian terowong bawah tanah bekas lombong arang batu di Bandar Batu Arang sebagai rujukan untuk perancangan pembangunan.

    (3)    Kajian saintifik terperinci ini adalah bagi mengenal pasti potensi kekangan dan tahap kerapuhan ancaman bahaya bencana geologi seperti mendapan tanah dan lubang benam kesan secara langsung atau tidak langsung daripada aktiviti perlombingan yang dijalankan secara kaedah perlombongan bawah tanah (UG) atau lombong dedah (OC).

     

             Penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK)

     

    Tindakan seterusnya yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah melalui penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK). Syor daripada Perbadananan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mencadangkan RKK perlu disediakan sebagai mekanisme perlindungan dan pemeliharaan terhadap tapak-tapak warisan dan bekas lombong arang batu di Bandar Batu Arang.

     

    (1)    RKK sebagai pelan tindakan pembangunan terperinci bertujuan membolehkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, agensi tekinikal seperti JMG Negeri Selangor dan lain-lain agensi untuk melaksanakan tindakan susulan bagi memelihara dan memulihara mengurus tindakan kawalan pembangunan dan penguatkuasaan Bandar Warisan.

    (2)    RKK juga turut membantu memperincikan perancangan gunatanah dan pelan pengurusan warisan berasaskan keperluan yang setara dengan Pelan Pengurusan Pemuliharaan (CMP) bagi tujuan perlindungan kawasan berkepentingan warisan, kawalan pembangunan tapak dan perancangan masa depan tanpa menjejaskan kriteria warisan tapak.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga boleh bertindak melalui penguatkuasa akta dan undang-undang yang telah diperuntukkan bagi melindungi kawasan sejarah dan warisan, bukan hanya di Batu Arang, tetapi juga di kawasan atau daerah lain di Selangor. Akta-akta yang diguna pakai dan dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Negeri dan agensi-agensi awam lain yang berkaitan adalah seperti berikut :

     

    1. i) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
    2. ii) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

    iii)     Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

    1. iv) Enakmen 4, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009
    2. v) Akta Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 156)

     

     

    Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

     

    Pihak berkuasa kerajaan tempatan perlu melihat kepada peruntukan yang diperuntukan bagi memberi perlindungan dan pemuliharaan terhadap warisan. Begitu juga penting bagi pihak berkuasa tempatan untuk memastikan khazanah bersejarah dalam kawasan jagaannya berada dalam keadaan baik daripada diceroboh untuk pembangunan atau meruntuhkan bangunan bersejarah. Pihak berkuasa tempatan menggunakan undang-undang dan akta di bawahnya dalam usaha memberi perlindungan yang sewajarnya mengikut peruntukan yang diberikan ke atasnya.

     

    (1)    Perlindungan dan pemuliharaan yang terkandung dalam Akta 171 itu adalah termasuklah daripada segi pindaan undang-undang dibolehkan mengikut peruntukan pada Seksyen 102 yang membenarkan melakukan pindaan terhadap undang-undang kecil untuk perlindungan dan pemuliharaan kepada warisan yang berada dalam kawasan jagaan pihak berkuasa tempatan dilindungi.

    (2)    Selain itu, peruntukan Seksyen 102 (f), penubuhan kemudahan awam boleh menubuhkan kemudahan awam mengikut peruntukan yang disediakan. Seksyen 102 (f) boleh membatalkan undang-undang kecil yang menghalang pembinaan kemudahan awam seperti penubuhan muzium dan galeri.

    (3)    Begitu juga, peruntukan Seksyen 101 (f) pula telah menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan boleh dibenarkan memberi atau menerima geran untuk pemuliharaan monument dan tugu awam. Pihak berkuasa kerajaan tempatan membenarkan komuniti mendirikan dan membinan bangunan untuk kegunaan awam dan tanpa mengambil keuntungan seperti dinyatakan pada Seksyen 101 (g) yang membolehkan menubuhkan, memperoleh, membina, dan berkaitan dengan penyenggaraan abgi kegunaan kemudahan awam dikecualikan daripada cukai taksiran seperi muzium dan galeri.

    (4)    Pihak berkuasa kerajaan tempatan boleh menjalankan aktiviti tanpa sebarang halangan seperti diperuntukkan pada kuasa tambahan pada Seksyen 101(1)(c)(iv). Selain itu, pihak berkuasa kerajaan tempatan melalui peruntukan Seksyen 102 dapat menghalang berlaku sebarang pencerobohan atau memasuki kawasan atau bangunan tanpa kebenaran. Pihak berkuasa tempatan boleh menggubal satu undang-undang kecil untuk menghalang kegiatan pencerobohan.

     

             Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

     

    Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah digubal pada tahun 1976, diterima pakai dan hanya berkuatkuasa di negeri-negeri semenanjung Malaysia kecuali Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai undang-undang dan akta tersendiri.

     

    (1)    Akta ini lebih memberi tumpuan kepada aktiviti pembetungan adalah untuk memberi perlindungan kepada objek-objek yang tertanam dalam tanah semasa aktiviti pemasangan pembetungan dilakukan untuk mengelakkan berlaku kemusnahan dan kerosakan teruk kawasan persekitaran semasa aktiviti pembetungan dijalankan. Selain itu peruntukan menjaga alam sekitar iaitu untuk menghalang berlaku kerosakan teruk kepada alam semula jadi. Pokok-pokok ditebang dengan rakus tanpa menyediakan tanaman semula perlu mematuhi perintah pemeliharaan pokok dengan menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang.

    (2)    Pihak berkuasa tempatan juga diberi kuasa di bawah akta ini untuk melindungi monumenm tanah dan bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah atau seni bina. Dalamusahah perlindungan itu, pihak berkuasa tempatan mempunyai hak untuk melakukan kerja-kerja pemuliharaan daripada segi membaiki kerosakan, mengecat semula dan menjaga daripada pencerobohan pembangunan.

    (3)    Pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan mana-mana pemaju menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) seperti yang diperlukan pada peruntukan Seksyen 21 A (d)(iii) memperuntukan kepada sesiapa yang ingin mendapat kebenaran merancang perlu menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan.

    (4)    Bagi memperoleh kebenaran merancang, beberapa keperluan serta prosedur perlu diikuti dan dipatuhi. Pihak berkuasa perancang tempatan perlu meneliti terlebih dahulu butiran-butiran yang disertakan untuk memohon kebenaran merancang. Bagi bangunan bersejarah perlu mengekalkan muka hadapan bangunan serta ciri-ciri luaran bangunan warisan. Peruntukan Seksyen 22 5 (i)(j)(k) adalah mengenai memelihara bangunan yang mempunyai nilai sejarah ketika pemberian kebenaran merancang.

    (5)    Kesalahan atau hukuman denda yang dikenakan atas kesalahan yang dilakukan daripada pemaju ialah tidak memohon kebenaran merancang terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang kerja operasi pembangunan seperti termaktub pada Seksyen 19. Pihak pemaju perlu memohn dan memperoleh kebenaran bertulis daripada Yang Dipertuan Majlis. Pihak pemaju tidak dapat memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pemajuan kecuali pihak berkuasa tempatan yang berhak memasuki dan mengusahakan kawasan itu. Oleh itu, tanpa surat memohon kebenaran bertulis, pihak berkuasa tempatan boleh menghalangkan memasuki premis kawasan objek warisan, warisan kebangsaan dan tapak warisan.

     

     

    Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

     

    Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) ialah sesuatu akta yang memberi peruntukan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap Warisan Kebangsaan, Warisan Budaya Ketara, Warisan Budaya Tidak Ketara dan Warisan Semula Jadi. Hal ini juga memberikan Dasar, kaedah dan peraturan berkaitan perlindungan dan pengurusan warisan serta mewujudkan Daftar Warisan Kebangsaan. Begitu juga jelas menyatakan tanggungjawab dan peranannya dalam bidang pemuliharaan dan pemeliharaan warisan.

     

    (1)    Seksyen 23(1) Pesuruhjaya hendaklah mewujudkan dan menyenggarakan suatu daftar yang dikenali sebagai Daftar Warisan Kebangsaan sebagaimana yang ditetapkan yang mengandungi senarai butiran warisan yang didaftarkan di bawah Akta ini. Kelebihan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) adalah diperuntukan satu Seksyen yang berkaitan dengan kawasan pemuliharaan bagi melindungi tapak warisan daripada tindakan pencerobohan dan dimasuk secara haram.

    (2)    Seksyen 45(1)(2) telah memperuntukkan dengan jelasnya mengenai kedudukan tapak kawasan yang sepatutnya. Kawasan warisan hendak dipulihara dan pelihara perlu mengikut pelan pengurusan pemuliharaan dengan mengadakan zon penampan di sekeliling suatu pusat utama atau disekelililing tapak yang telah ditetapkan sebagai tapak warisan. Kawasan pemuliharaan telah diperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menentukan tapak warisan di bawah pentadbirannya.

    (3)    Peruntukan Seksyen 59 menyatakan mengenai pemuliharaan objek warisan. Objek warisan hendak dijaga dalam keadaan baik dan selamat. Objek warisan adalah amat bernilai dan perlu diberikan perhatian mengenai penjagaannya terutama perlu disimpan pada tempat yang khas untuk mengelakkan berlaku kehilangan, kerosakan atau kecurian. Pemiliknya perlu membuat laporan kehilangan atau kerosakan serta-merta kepada Pesuruhjaya mengenainya.

    (4)    Akta Warisan kebangsaan 2005 (Akta 645) mempynyai peruntukan Seksyen 67 memberi kuasa kepada Menteri untuk mengisytiharkan mana-mana warisan budaya sebagai suatu Warisan Kebangsaan. Peruntukan Seksyen 67 (1) menerangkan kuasa Menteri dibolehkan untuk mengisytiharkan warisan budaya yang difikirkan sesuai dan bernilai yang dapat memberi sumbangan kepada negara melalui warta kerajaan dan disenraikan pada Daftar Warisan. Menteri boleh membuat pertimbangan sebelum mengisytiharkan Warisan Kebangsaan, beberapa kepentingan yang perlu dilihat dan diambil perkiraan.

     

     

    Enakmen 4, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009

     

    Pengwujudan enakmen ini adalah bertujuan untuk memelihara adat Melayu, warisan dan sejarah Negeri Selangor dan membuat peruntukan yang berkaitan dengannya.

     

    (1)    Enakmen ini memperuntukkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri boleh atas cadangan Perbadanan mengisytiharkan sesuatu monument sebagai monument lama dan sesuatu tapak tanah sebagai tapak tanah bersejarah dan boleh menentukan kawasan monument atau tapak tanah itu. Pihak Berkuasa Negeri juga boleh menyiarkan dalam Warta suatu jadual objek bersejarah, monument dan tapak tanah bersejarah bersama dengan kawasannnya dan boleh, menambah kepada atau meminda jadual itu.

    (2)    Turut juga dinyatakan dalam fungsi dan kuasa Perbadanan-7(a) utnuk menggiatkan kecenderungan awam dan sokongan dalam pemeliharaan dan penyebaran pengetahuan tentang adat, budaya Melayu dan warisan sejarah Negeri Selangor; (b) untuk memelihara monumen dan ekshibit berbentuk sejarah, tradisi, kaji purba, seni bina atau kesenian; (d) untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memelihara semua objek sejarah, objek warisan, monumen, rekod, dokumen dan ekshibit; (i) untuk menggalakkan danmengawal selia standard yang terbaik dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan adat Melayu dan warisan Negeri Selangor dan (j) menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan adat Melayu dan warisan Negeri Selangor.

    (3)    Enakmen ini juga menyatakan tentang kuasa Perbadanan (a) untuk membuat kajian ke atas adat Melayu dan warisan Negeri Selangor dan pemeriksaan ke atas objek sejarah, objek warisan, monumen dan ekshibit, menasihati keatasnya, mengawal dan menjalankanpnegubahan,pembaikan, pembaharuan, atau apa-apa pembinaan bagi tujuan pemeliharaan yang baik; (b) untuk mendirikan atau mengadakan apa-apa bengunan di atas mana-mana harta kepunyaan Perbadanan bagi tujuan memelihara dan mempamerkan ekshibit; (c) untuk menerima derma, pemberian, penerimaan harta alih atau harta tidak alih daripada mana-mana punca dan mendapatkan kewangan dengan cara yang sah; (d) untuk menyumbang dengan cara pemberian atau pinjaman terhadap perbelanjaan yang dikena atau yang akan dikenakan bagi pembaikan danpemeliharaan objek sejarah, objek warisan monument dan ekshibit untuk memastikan penjagaan yang baik; (e) untuk mengambil alih monument dan ekshibit dengan persetujuan mana-mana orang dan pada melakukannya boleh membuat kontrak atau perkiraan yang munasabah dengan mana-mana orang dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

    (4)    Pihak Berkuasa Negeri juga boleh selepas berunding dengan Perbadanan, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Enakmen ini dengna lebih baik. (2) Tanpa menjejaskan keluasa subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi kesemua tau mana-mana maksud yang berikut; (j) menetapkan pengurusan dan tatacara bagi pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan, objek warisan dan adat Melayu Negeri Selangor.

    (5)    Ketua Pegawai Eksekutif dan semua pegawai dan pekhidmat Perbadanan hendaklah, pada setiap masa yang munasabah, mempunyai akses bebas untuk memasuki semua tanah bagi maksud melaksanakan peruntukan Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. (2) Mana-mana orang yang menghalang, menggalang, menahan, melengah-lengahkan atau mengganggu ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan daripada menjalankan mana-mana kuasanya atau melaksanakan fungsi atau kewajipannya yang sah dibawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau tidak memberikan bantuan yang munasabahnya dikehendaki oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakn selama temph tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.

     

    Akta Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 156)

     

    (1)    Peruntukan Seksyen 62(1) adalah “Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh dengan pemberitahuan dalam warta merizabkan mana-mana tanah kerajaan untuk apa-apa maksud awam’.

    (2)    Pemberitahuan dalam Warta untuk merizabkan tanah kerajaan hendaklah :

    1. memperihalkan tanah yang dirizabkan;
    2. memperihalkan maksud untuk apa tanah tersebut dirizabkan;

    iii.     menentukan pegawai awam yang mengawal tanah rizab tersebut;

    1. menjadi keterangan yang muktamad bahawa tanah yang diwartakan itu adalah rizab bagi maksud awam.

     

    (3)    Salinan warta berkenaan hendaklah disiarkan menurut peruntukan Sek. 433 KTN iaitu:

    1. ditampalkan di atas tanah, pejabat Penghulu atau  balai dalam kawasan di mana tanah itu berada;
    2. di bangunan mahkamah, masjid, pasar dan lain-lain tempat awam (jika ada) yang PBN memikirkan perlu;

    iii.     menyiarkan di dalam akhbar-akhbar yang diedarkan dalam negeri berkenaan sekiranya difikirkan perlu.

Lampiran

Tiada Lampiran.