45) HUTAN PAYA GAMBUT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran jumlah keluasan Hutan Paya Gambut di seluruh Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan apakah peranan Hutan Paya Gambut terhadap ekosistem dan kawasan tadahan air ?
-
Sila huraikan apakah aktiviti pencerobohan utama yang sering berlaku ?
45) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BHD (BBGC)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2010.
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2010?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2010?
45) SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah rancangan kerajaan Negeri Selangor untuk membina sekolah menengah agama rakyat di DUN Ijok?
45) ISU AHLI PARLIMEN SERDANG
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pada pertengahan Ramadhan 1431 = Akhir Ogos 2010, tercetus isu Ahli Parlimen Serdang Y.B. Puan Teo Nie Ching masuk ke Surau Al-Huda, Taman Sentral Kajang kerana menyampaikan bantuan. Mengapakan peristiwa di atas dijadikan isu?
-
Apakah kedudukan hukum dari kemasukan tersebut?
-
Akibat tindakan yang diambil, surau berkenaan berkurangan dari segi jemaah, apakah tindakan yang diambil bagi mengimarahkan kembali surau ini?
45) PARIT KAMPUNG PINGGIRAN BANDAR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah terdapat garis panduan bagi projek pembangunan perumahan dan perindustrian yang menyalurkan air longkang ke parit kampung?
-
Apakah tindakan pihak Kerajaan dalam menangani isu berterusan limpahan air di parit kampung akibat pembangunan bersebelahan yang tidak terkawal seperti yang berlaku di Kampung Jawa Klang?
45) PENGAWALAN PEMBUKAAN KAWASAN PENDUSTRIAN BARU DI KAPAR DAN SUNGAI KAPAR INDAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak MPK membuat kawalan dan memantau masalah yang timbul hasil daripada pembukaan kawasan industri baru di sepanjang Jalan Akob dan Jalan Sri Kerayong dan Sungai Kapar indah seperti masalah banjir yang sebelum ini tidak pernah berlaku di kawasan sekitar?
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh MPK bagi memastikan taman perumahan yang berdekatan dengan kawasan industri baru ini tidak mengalami banjir kilat?
45) GANGGUAN SEKSUAL
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah kes gangguan seksual yang dilaporkan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor mengikut sektor awam dan swasta bagi tahun 2007-2012.
-
Apakah mekanisme yang diwujudkan dalam Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan kes gangguan seksual?
45) ZAKAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Agihan zakat di negeri Selangor diakui antara yang terbaik di dalam negara kita namun ramai mendakwa permohonan terutamanya dari Asnaf Fi Sabilillah masih ramai yang ketinggalan. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
-
Berapakah jumlah penerima dan jumlah RM diterima?
45) KEBAJIKAN GOLONGAN WARGA USIA EMAS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Êmerancang untuk mewujudkan satu skim seperti KISS bagi membantu warga emas yang tiada sumber ekonomi yang stabil di usia itu?
-
Adakah Kerajaan Negeri Êbercadang untuk Êmewujudkan semula skim Jom Shopping khas warga emas seperti seperti dahulu?
45) MESIN SLOT JUDI KUDA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Pertumbuhan pusat-pusat mesin slot judi kuda semakin banyak dan menimbulkan impak sosial yang amat negatif kepada masyarakat. Apakah tindakan konkrit yang diambil oleh pihak kerajaan tempatan dalam menangani masalah ini, jika diperhatikan di kebanyakan tempat jika operasi dilakukan pada hari ini tak sampai 24 jam mereka kembali beroperasi?
-
Apakah statistik terkini jumlah pusat mesin slot judi yang ada di Negeri Selangor, termasuk di DUN Dengkil?