Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

42) NAIK TARAF MASJID AL BARAQAH TAMAN SENTOSA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek naik taraf Masjid Al Baraqah Taman Sentosa Klang?

    Dana untuk projek naik taraf Masjid Al-Barakah Taman Sentosa Klang masih belum mencukupi. Dana yang terkumpul di Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) kini berjumlah RM157 ribu, sedangkan kos sebenar untuk projek ini berjumlah kira-kira RM 500 ribu.

    Pihak jabatan juga sedang membantu pihak masjid untuk mendapatkan dana tambahan bagi membiayai projek naik taraf melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.