Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
95) MUZIUM IMEJ BARU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah strategi kerajaan untuk memastikan muzium negeri menjadi penyimpanan khazanah negeri dan berimej menarik?
Di dalam enakmen no 4 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009 (PADAT) telah di nyatakan peranan dan fungsi PADAT dalam membangunkan muzium dan memelihara khazanah negeri. Di samping itu juga pihak PADAT telah merangka Plan Strategik 5 tahun (2011 hingga 2015) bagi memastikan peranan muzium berjalan dengan efektif. Di dalam Plan Strategik ini 4 teras telah di gariskan :
- Penyelidikan saintifik yang inovatif dan mencipta nilai
- Pengurusan konservasi yang cekap dan berkesan
- Mempromosi Adat Melayudan Warisan negeri ke arah kegemilangan
- Warga kerja yang kompeten dalam bidang Adat Melayu dan Warisan
Pihak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam pengurusan muzium negeri dan muzium-muzium cawangan memang telah mempunyai perancangan bagi menaiktaraf muzium agar menampilkan imej menarik. Antara projek menaik taraf yang telah di luluskan oleh pihak kerajaan negeri dalam peruntukan pembangunan adalah:
- Kerja-kerja kekemasan dinding bangunan Muzium Sultan Alam Shah ( projek sedang dilaksana dan di Jangka siap Mei 2014
- Kerja-kerja menaiktaraf ruang lobi muzium Sultan Alam Shah (sedang proses tender)
- Kerja-kerja menaiktaraf ruang pameran Balai Warisan Alam Semulajadi dan Balai Kebudayaan (sedang proses tender)
- Kerja-kerja Naiktaraf kemudahan ruang pejabat dan pembaikan bangunan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor (siap di laksana)
- Kerja-kerja pengisian Istana Bandar,Kuala Langat dan Gedung Raja Abdullah,Klang (kedua bangunan ini telah di serah kepada PADAT oleh Jabatan Warisan Negera setelah kerja pemuliharaan selesai) dan
- Kerja-kerja auditan eletrik bangunan oleh pihak JKR (projek sedang di laksana dan jangka siap bulan Mei 2014)
-
Nyatakan muzium-muzium yang ada di Selangor dan fungsinya?
Muzium-muzium yang ada di Selangor ialah :-
- Muzium Sultan Alam Shah,Shah Alam
Muzium ini juga di kenali sebagai muzium negeri yang mempamer segala khazanah budaya bangsa negeri untuk tatapan orang ramai. Muzium ini mempamer sejarah, budaya, flora fauna,sukan dan perkembangan islam di negeri Selangor.
- Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
Muzium ini khusus mempamer sejarah dan perkembangan bagi Daerah Kuala Selangor. Muzium ini berada di Bukit Malawati, Kuala Selangor
- Muzium Pertanian dan Perikanan, Sabak Bernam
Muzium ini mempamerkan perkembangan dan sejarah pertanian dan perikanan di Negeri Selangor.
- Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat
Muzium ini adalah merupakan bekas penjara di zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. Muzium ini mempamerkan khazanah kesan peninggalan bangunan ini dan sejarah Daerah Kuala Langat
- Muzium Permainan Tradisional,Bukit Malawati,Kuala Selangor
Muzium ini mempamerkan segala kegiatan sukan tradisi yang terdapat di negeri Selangor. Muzium ini di tutup sementara bagi kerja-kerja baik pulih oleh pihak JKR.
-
Berapakah peruntukan untuk muzium-muzium setahun?
Perbelanjaan bagi kesemua muzium – muzium di bawah PADAT pada tahun 2013 adalah sebanyak RM 437,087.33.