Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
40) MASJID AT-TAQWA DESA SUBANG PERMAI U6 – SHAH ALAM ( PERBAHASAN SIDANG DUN DIS 2021)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan penurapan kawasan parkir?
JAIS telah membuat anggaran kos yang terlibat untuk menurap parkir di kawasan parkir Masjid At-Taqwa Desa Subang Permai U6, Shah Alam. Spesifikasi penurapan termasuklah kerja-kerja resurface (membaru muka permukaan jalan di dataran kejat), kerja-kerja penurapan premix setebal 50 mm dan penyediaan petak-petak parkir. Bagi tujuan pelaksanaan seterusnya proses-proses iklan dan sebutharga sedang dibuat
-
Apakah status permohonan sambungan bumbung bahagian belakang masjid? ( permohonan rasmi ke MB telah di buat )
Permohonan sambungan bumbung bahagian belakang masjid tidak dapat dipertimbangkan kerana jabatan kerajaan tidak boleh menyalurkan dana secara tunai kepada mana-mana pihak