Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

292) MASALAH KETIADAAN INFRASTRUKTUR JALAN KAMPUNG NELAYAN DI I LOT PTNO.821,PEKAN PASIR PENAMBANG KUALA SELANGORI BAGAN SUNGAI YU, PASIR PENAMBANG DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan berkenaan tuntutan penduduk berkenaan ketiadaan jalan keluar masuk ke kampung mereka?

    PT 821 yang kini dikenali sebagai Lot 11404 berkeluasan 4.796 hektar adalah merupakan tanah hakmilik Gabungan Melur Sdn Bhd. dan telah terdapat jalan keluar masuk ke PT 821 dikenali sebagai Jalan Kampung Bagan Sungai YU 2. Jalan ini berdaftar dengan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) pada tahun 2018. Disamping itu, juga terdapat jalan susur ke setiap 18 lot kedai di atas tanah PT 821 yang tidak berdaftar dengan MARRIS kerana terletak di atas tanah hakmilik.

  2. Adakah Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor akan menjalankan pengukuran semula dibawah seksyen 353(1) Kanun Tanah Negara,1965 bagi tanah yang disebut seperti arahan mahkamah yang dikeluarkan?

    Terdapat kes mahkamah melibatkan 18 pemilik lot kedai / restoran di atas tanah tersebut telah menyaman pemilik tanah. Mahkamah telah mengeluarkan perintah supaya diadakan pengukuran semula akibat maraan sungai menurut sek 49 dan sek 382A Kanun Tanah Negara (KTN) bagi membuktikan 18 buah lot kedai / restoran adalah berada di atas rizab sungai sepenuhnya dan bukannya tanah hakmilik atau sebaliknya. Perintah pengukuran tersebut masih lagi dalam tindakan pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.