Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

270) MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan maklumat terperinci berkaitan jumlah aduan dan jenis-jenis aduan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam sepanjang tahun 2023.

    Keseluruhan aduan di MDSB bagi bulan Januari hingga Disember ialah sebanyak 677 aduan. Tiga kategori tertinggi aduan ialah Pembersihan awam mencatat sebanyak 175 aduan, kacau ganggu haiwan mencatat sebanyak 118 aduan dan infrastruktur mencatat sebanyak 73 aduan.

    Jadual 1 : Laporan aduan mengikut kategori bulan Januari hingga Disember tahun 2023

    BIL. KATEGORI ADUAN

    JUMLAH

     

    1 Pembersihan awam

    175

    2 Kacau ganggu haiwan

    118

    3 Infrastruktur

    73

    4 Pokok

    53

    5 Jalan

    49

    6 Lampu

    46

    7 Pelesenan

    36

    8 Permohonan

    26

    9 Bangunan

    25

    10 Tandas

    17

    11 Kacau ganggu jiran

    17

    12 Tempat letak kenderaan/parkir awam

    15

    13 Kacau ganggu ketenteraman awam

    11

    14 Perkhidmatan cukai

    5

    15 Pengurusan landskap

    3

    Jumlah

    677

  2. Apakah kerajaan negeri bercadang untuk menguatkuasakan parking berbayar di kawasan MDSB?

    MDSB akan melaksanakan parkir berbayar yang dijangka akan bermula selepas penggal kedua tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.