Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
40) LAPOR JALAN ROSAK MELALUI APLIKASI WAZE
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan PBT yang telah melaksanakan sistem lapor jalan rosak melalui aplikasi Waze.
Setakat bulan Oktober 2017, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut telah melaksanakan sistem lapor jalan berlubang melalui aplikasi Waze sebagai satu saluran alternatif kepada rakyat untuk membuat pelaporan keadaan jalan berlubang di Negeri Selangor:- 1. Majlis Bandaraya Shah Alam
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
3. Majlis Perbandaran Subang Jaya
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
5. Majlis Perbandaran Klang
6. Majlis Perbandaran Kajang
7. Majlis Perbandaran Selayang
8. Majlis Perbandaran Sepang
9. Majlis Daerah Kuala Langat
10. Majlis Daerah Kuala Selangor
11. Majlis Daerah Hulu Selangor
12. Majlis Daerah Sabak Bernam
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memperluaskan pelaksanaan sistem ini ke semua jalan JKR Negeri dan jalan JKR Persekutuan di Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
Ya, sistem ini sedang diperluaskan kepada beberapa pihak berkepentingan seperti JKR dan Pejabat Daerah. Beberapa sesi pembentangan, perbincangan dan bengkel telah dan akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan JKR dan Pejabat Daerah turut serta di dalam program ini sebelum Januari 2018.