Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
155) KEBAJIKAN WANITA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kedapatan peningkatan kes penceraian di Selangor, nyatakan kes bagi tahun 2013-2015 (mahkamah syariah dan civil)?
Kerajaan Negeri memandang serius dengan isu dan permasalahan institusi kekeluargaan khususnya bagi rakyat di Negeri Selangor. Kes perceraian melibatkan dua (2) institusi keluarga, penganut agama islam dan bukan yang beragama Islam.
Kes perceraian dikalangan orang islam (Mahkamah Syariah) bagi tahun 2013 hingga 2015 di Negeri Selangor adalah seperti jadual di bawah:
JENIS KES PEMBUBARAN PERKAHWINAN
DAFTAR
2013
Tuntutan Fasakh 1433 Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai 3855 Tuntutan Penceraian 4591 Tuntutan Khuluq / Tebus Talak 37 Tuntutan Pengesahan Cerai Takliq 238 Tuntutan Sabitan Nusyuz 149 JUMLAH KESELURUHAN 10303 TAHUN
JENIS KES PEMBUBARAN PERKAHWINAN
DAFTAR
2014
Tuntutan Fasakh 1730 Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai 4194 Tuntutan Penceraian 4888 Tuntutan Khuluq / Tebus Talak 35 Tuntutan Pengesahan Cerai Takliq 225 Tuntutan Sabitan Nusyuz 182 JUMLAH KESELURUHAN 11254 SETAKAT 17 OKTOBER 2015
Tuntutan Fasakh 1380 Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai 3605 Tuntutan Penceraian 4222 Tuntutan Khuluq / Tebus Talak 30 Tuntutan Pengesahan Cerai Takliq 184 Tuntutan Sabitan Nusyuz 166 JUMLAH KESELURUHAN 9587 (Sumber : Jabatan Kehakiman dan Syariah Selangor, Okt 2015)
Manakala kes perceraian dikalangan penganut bukan beragama Islam yang berdaftar di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi tahun 2013 sehingga tahun 2015 adalah seperti berikut :
Tahun 2013 Baki daripada tahun 2012 Daftar Selesai Baki setakat 31.12.2013 395
1705
1792
308
Tahun 2014 Baki daripada tahun 2013 Daftar Selesai Baki setakat 31.12.2014 308
1642
1572
378
Tahun 2015 Baki daripada tahun 2014 Daftar
Selesai
Baki setakat 30.9.2015 378
1498
1544
332
-
Berapakah kes tertunggak? Kenapakah ianya tidak dapat di tanggani?
Bagi kes tertunggak yang direkodkan di Mahkamah Syariah Negeri Selangor setakat 17 Oktober 2015 adalah sebanyak 6,467 kes. Baki tersebut adalah baki kes semasa dan kes
Antara punca peningkatan kes-kes tertunggak tersebut adalah disebabkan oleh masalah kekurangan Hakim, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sulh, Pendaftar dan pegawai-pegawai sokongan lain yang bertanggungjawab untuk membicarakan dan menguruskan kes-kes tersebut. Dalam hal ini, pengendalian kes-kes di Mahkamah Syariah yang tidak terhad kepada perbicaraan kes sahaja. Sebaliknya, pengendalian sesuatu kes secara umumnya akan melibatkan 6 proses utama iaitu pendaftaran kes, penjadualan kes, sebutan, pengendalian Majlis Sulh, perbicaraan dan keputusan. Kesemua proses ini adalah proses yang telah ditetapkan oleh undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Negeri Selangor. Oleh yang demikian, proses- proses ini perlu dipatuhi oleh Mahkamah dan tidak boleh diketepikan demi mengelakkan berlakunya ketidakadilan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan kes-kes tersebut.
Seterusnya, masalah tunggakan kes ini juga berpunca daripada pelanggan dan juga peguam itu sendiri yang sering menangguhkan kes pada tarikh sebutan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah yang pada awalnya telah dipersetujui sendiri oleh pihak-pihak. Tangguhan ini akan menyebabkan kes terpaksa diselesaikan dalam jangka masa yang lebih panjang akibat ketidak akuran pihak-pihak dalam menghadiri prosiding yang telah ditetapkan.
Manakala pecahan kes tertunggak yang direkodkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perceraian kalangan penganut bukan beragama Islam mengikut tahun adalah seperti berikut:
TAHUN JUMLAH
KOD 2013 2014 2015 33
33 (Contested) 1 20 252 273 33JP (Uncontested) 59 59 JUMLAH 1 20 311 332 Setakat 30 September 2015, masih terdapat 332 kes penceraian yang masih tertunggak, yang mana 311 daripanya merupakan kes yang baharu didaftarkan pada tahun 2015. Bagi 1 kes yang didaftarkan pada tahun 2013 dan 20 kes pada tahun 2014 masih tertunggak adalah disebabkan kes-kes berkenaan merupakan kes yang dipertikaikan (contested), dimana terdapat pihak yang menentang permohonan penceraian tersebut. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai isu yang rumit yang perlu diperbicarakan.
-
Apakah bantuan yang diberikan kepada wanita yang sedang dalam proses penceraian dan memastikan kes mereka diwakili?