Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
45) KEBAJIKAN GOLONGAN WARGA USIA EMAS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri Êmerancang untuk mewujudkan satu skim seperti KISS bagi membantu warga emas yang tiada sumber ekonomi yang stabil di usia itu?
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini bantuan kepada golongan warga emas telah diberikan melalui Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dikendalikan oleh pihak Rantaian Mesra Sdn Bhd yang berbentuk bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500.00 tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahama politik, status eknomi dan tahap soail khusus kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Bantuan kewangan tersebut sekali gus dapat meringankan beban ahli keluarga dalam pengurusan jenazah.
Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap golongan warga emas yang juga merupakan sebahagian daripada masyarakat di Selangor, Kerajaan Negeri kini sedang dalam pertimbangan untuk memberikan manfaat kepada ahli SMUE semasa hidupnya dan beberapa cadangan lain akan dipertimbangkan di peringkat Kerajaan Negeri.
-
Adakah Kerajaan Negeri Êbercadang untuk Êmewujudkan semula skim Jom Shopping khas warga emas seperti seperti dahulu?
Sama seperti di SUB (a)