Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

378) KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diambil untuk memelihara budaya dan warisan unik di Kampung Baru Cina, termasuk bangunan lama dan tradisi komuniti?

    Bagi memelihara budaya dan warisan unik di Kampung Baru Cina, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong pelaksanaan program seperti sambutan Tahun Baru Cina, Perayaan Dongzhi dan Pesta Tanglung. Program seperti ini dapat mengetengahkan budaya masyarakat Cina seperti Tarian Singa, pembuatan tanglung, makanan tradisi kaum Cina dan sebagainya.

  2. Apakah rancangan kerajaan untuk mempromosikan Kampung Baru Cina sebagai destinasi pelancongan budaya yang dapat menjana ekonomi setempat?

    Inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempromosi pelancongan dan produk dari Kampung Baru Cina adalah dengan mengadakan acara pelancongan tahunan yang menonjolkan keunikan komuniti Kampung Baru Cina di seluruh Negeri Selangor. Program seperti kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ dan ‘Splendid Selangor’ akan menampilkan Kampung Baru Cina melalui platform digital untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa.

    Program Familiarization Trip turut diadakan dengan melibatkan penggiat industri untuk mempromosikan Kampung Baru Cina kepada ejen pelancongan, media tempatan dan luar negara. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor juga menggalakkan penyertaan komuniti dalam industri pelancongan dengan memperkasakan pengusaha homestay, kraftangan tempatan dan produk makanan Kampung Baru Cina.

    Antara produk pelancongan Kampung Baru Cina yang dipromosikan oleh Tourism Selangor adalah seperti berikut:

    1. Ah Ma House, Sekinchan;
    2. Heritaste Jenjarom, Kuala Langat;
    3. Chop Guan Kee Coffee, Sepang;
    4. Ladang Buah Naga HL di Sungai Pelek, Sepang;
    5. Bak Kut Teh, Klang;
    6. Kampung Pandamaran, Klang;
    7. Galeri Sejarah Sungai Way, Petaling Jaya; dan
    8. Restoran Seafood Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.