Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

143) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) apabila melakukan operasi di kawasan agama selain daripada Islam? Jika ya, sila bekalkan

    Tiada Standard Operating Procedure (SOP) khas bagi melakukan operasi di kawasan agama selain daripada agama Islam.

  2. Jika tidak, apakah sebab penangguhan tersebut?

    Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyediakan satu Arahan Tetap Pengarah (ATP) bagi mengendalikan kes-kes berprofil tinggi, berkepentingan awam, kompleks dan sensitif. Bagaimanapun ia belum dikuatkuasakan kerana masih belum melepasi Jawatankuasa Arahan Tetap Pengarah (ATP) JAIS. Deraf SOP ini dijangka akan dibincangkan semula pada J/Kuasa ATP Bil 4/2015 yang akan datang dan seterusnya akan dibentangkan di dalam J/Kuasa Kecil Pengurusan Aduan Majlis Agama Islam Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.