Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
49) HUTANG KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan secara terperinci berapakah tunggakan hutang terkini Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan?
Sehingga 30 September 2015, jumlah keseluruhan tunggakan terkini hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM6,729,918.00 dan perinciannya adalah seperti berikut:
Bil. Butiran Pinjaman
Amaun pokok
Amaun faedah
Jumlah keseluruhan
1. Projek Bekalan Air
– – – 2. Projek Awam Kos Rendah
4,499,324.69 2,230,593.31 6,729,918.00 3. Pelbagai Pinjama0n
– – – Jumlah 4,499,324.69 2,230,593.31 6,729,918.00 Kerajaan Negeri bercadang untuk menyelesaikan hutang tertunggak sebanyak RM6,729,918.00 pada tahun 2016.
-
Sila senaraikan semua Hutang Kerajaan Negeri secara perbandingan di seluruh Malaysia ?
Memandangkan kebanyakan Kerajaan Negeri masih belum membentangkan Penyata Kewangan Tahun 2014 di Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka data tunggakan adalah berdasarkan data Penyata Kewangan Tahun 2013. Jumlah tunggakan hutang secara perbandingan dikalangan negeri- negeri kepada Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember 2013 (telah diaudit) adalah seperti berikut:
Bil
Negeri
Jumlah tunggakan hutang pada 31.12.2013 RM Juta
1. Sabah Tiada 2. Pulau Pinang Tiada 3. Perak Tiada 4. Sarawak 2.28 5. Selangor 49.27 6. Perak 88.86 7. Negeri Sembilan 111.38 8. Perlis 189.45 9. Melaka 225.55 10. Kelantan 247.16 11. Terengganu 435.27 12. Pahang 654.02 13. Kedah 1,057.29 -
Sila nyatakan bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam konteks membayar balik hutang tersebut kepada Kerajaan Persekutuan?
- Jumlah hutang yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak lima (5) tahun yang lalu adalah seperti berikut:
Bayaran Balik Pinjaman Kepada Kerajaan Persekutuan Tahun Pokok Faedah Jumlah RM RM RM 2011 25,008,813.38 5,261,186.62 30,270,000.00 2012 120,334,728.99 6,998,251.44 127,332,980.43 2013 25,072,831.44 6,834,250.75 31,907,082.19 2014 23,012,880.85 8,894,283.34 31,907,164.19 2015 16,150,775.32 6,486,306.87 22,637,082.19 Jumlah 209,580,029.98 34,474,279.02 244,054,309.00 Sehingga 30 September 2015, jumlah keseluruhan tunggakan terkini hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM6,729,918.00 atau 0.7% daripada keseluruhan baki pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM928,684,012.53. Kerajaan Negeri bercadang untuk menyelesaikan hutang tertunggak sebanyak RM6,729,918.00 pada tahun 2016.