Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

42) HARGA PREMIUM TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar-kadar harga premium tanah yang ditawarkan kepada rakyat Negeri Selangor yang mendapat tawaran pemilikan tanah bagi status tanah pertanian, tanah industri dan pembangunan?

    1. Kadar-kadar harga premium tanah adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor sekiranya tanah tersebut adalah untuk pertanian dan pemohon mengusahakannya. Jika pemohon tidak mengusahakannya maka ia adalah berdasarkan penilaian semasa oleh Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH). Bagi tanah untuk kediaman, industri dan perniagaan ialah berdasarkan penilaian semasa oleh
  2. Adakah kadar premium berkenaan berbeza-beza mengikut kawasan atau daerah-daerah di Negeri Selangor?

    1. Ya, kadar premium adalah berbeza-beza mengikut kawasan atau daerah di Negeri Selangor berdasarkan Kaedah Tanah Selangor atau penilaian tanah oleh JPPH untuk harga
  3. Adakah rakyat berpeluang untuk membuat rayuan bagi pengurangan kadar premium berkenaan dan rayuan tempoh pembayaran?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan hanya individu yang benar-benar layak sahaja akan dipertimbangkan pengurangan premium iaitu:

    1. Tanah yang diberimilik untuk tujuan bangunan kediaman

     

    1. Bangunan kediaman hanya untuk kegunaan sendiri dan didiami oleh

     

    • Pendapatan keluarga berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan isi rumah RM1,500.00 sebulan dan ke

     

    Kerajaan Negeri telah menetapkan tempoh bayaran premium yang ditetapkan ialah tiga (3) bulan dari tarikh Borang 5A diterima oleh pemohon. Sekiranya pemohon tidak dapat menjelaskan bayaran premium dalam tempoh tersebut pemohon boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh bayaran premium ke Pejabat Tanah  Daerah yang berkenaan. Masa yang dibenarkan adalah sebulan sahaja.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.