Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
40) GAJI MINIMUM
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kepada agensi manakah ianya dilaksanakan?
Pelaksanaan gaji minimum di Selangor, yang diumumkan setakat ini hanya merangkumi :
- Syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri Selangor
- Syarikat tersebut mestilah dalam keadaan stabil
Syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor terlibat dalam dasar baru kerajaan negeri Selangor ini, antaranya ialah :
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
- Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Worldwide Holdings Bhd.
Selepas dilihat berjaya, dasar ini akan diperluaskan kepada syarikat-syarikat yang lain pula.
Buat masa ini, kakitangan kerajaan negeri masih belum boleh merasai dasar tersebut kerana ia tertakluk di bawah kerajaan persekutuan.
-
Bagaimana dengan institusi yang lain yang masih tidak melaksanakan penyelarasan ini, apakah bentuk bantuan kerajaan dalam menanganinya?
Sama seperti SUB(a)