Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
40) ENAKMEN TAREKAT TASAWUF
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri melihat keperluan untuk memperkenalkan sebuah Enakmen berkaitan Tarekat seperti yang telah dilaksanakan di Negeri Sembilan pada tahun 2005?
Pelaksanaan Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 merupakan inisiatif baik yang diambil oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan dalam mengiktiraf, membela, memantau dan memurnikan amalan tarekat. Ia secara tidak langsung mampu mengawal serta membendung daripada berlakunya kesesatan dengan mensasarkan sesat sifar di negeri tersebut.
Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Mufti Negeri Selangor sangat optimis dengan usaha yang dilakukan oleh Negeri Sembilan. Justeru, ketika Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah : Ilmu Tasawwuf Merungkai Masalah Ummah bertarikh 25 November 2024, D.Y.M.M. Tuanku telah bertitah mengenai keperluan mewujudkan panduan, silibus khas atau peraturan yang khusus mengenai pengamalan tasawwuf dan tarekat di negeri Selangor. Oleh yang demikian, salah satu resolusi yang dikeluarkan adalah keperluan merangka undang-undang, pewartaan fatwa, enakmen, panduan atau silibus khas berkaitan pengamalan tasawuf dan tareqat serta mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi mengekang fahaman ekstrem dan penularan ideologi sesat yang akan mencemar nama baik Islam khususnya di negeri Selangor. Sebagai permulaan, Garis Panduan Amalan Tarekat ini akan dihasilkan pada tahun 2025 sebagai panduan asas kepada umum.