Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
70) EKONOMI IKS DAN PENJAJA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dan PBT dalam menyusun semula para penjaja yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan dalam tempoh endemik?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha mempermudah dan mempercepatkan kelulusan Lesen Penjaja Sementara sama ada secara manual atau dalam talian. PBT juga telah diminta untuk membantu para peniaga mengenal pasti tapak/ lokasi yang lebih banyak dan sesuai untuk dijadikan tapak penjaja sementara. Ini bagi memastikan kawalan keselamatan dan laluan trafik adalah terkawal dan mengelakkan kacau ganggu kepada masyarakat sekitar
Sumber : UPEN (SPBT)
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang memberikan bantuan yang lebih daripada sediakala kepada pera peniaga IKS dalam membangunkan semula perniagaan pasca pandemik?
Dalam membantu para peniaga IKS dalam membangunkan semula perniagaan pasca pandemik, Kerajaan Negeri melalui agensi – agensi yang berkaitan seperti Invest Selangor sentiasa meneruskan perlaksanaan program – program yang boleh membantu pengusaha IKS mempromosikan dan memasarkan produk mereka ke peringkat global. Penganjuran program seperti Selangor International Business Summit memberi peluang kepada pengusaha IKS untuk mempromosikan produk – produk keluaran mereka disamping sebagai platform untuk mereka meneroka peluang perniagaan dengan usahawan – usahawan dari luar Negara.
Selain itu, melalui Selangor Business Hub yang merupakan portal perniagaan yang diwujudkan dibawah Invest Selangor memberi peluang kepada komuniti usahawan untuk berinteraksi antara satu sama lain dan membuka peluang bagi mewujudkan jaringan hubungan dengan usahawan luar Negara. Melalui platform ini dapat membantu usahawan tempatan bagi mengembangkan perniagaan ke pasaran serantau mahupun global.
Selain menyediakan peluang pemasaran, Kerajaan Negeri melalui Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) menyediakan pelbagai program bagi meningkatkan produktiviti dan taraf industri IKS dari segi perniagaan secara atas talian (online). Antaranya ialah melalui Kelas E-Dagang Sidec, Masterclass (Kelas Lanjutan Sidec), Selangor Online 100 & Brands 100 serta yang terbaharu Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor.
Kelas E-Dagang Sidec (EC Class) merupakan pemberian kemahiran (skilling), pelaksanaan peningkatan kemahiran (Upskilling) dan latihan semula (Reskilling) untuk para peniaga yang menceburi bidang e-dagang buat pertama kali.