Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

6) DEPOSIT UTILITI UNTUK KERJA MELIBATKAN JALAN RAYA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan bilangan kes (mengikut PBT) di mana PBT menggunakan deposit syarikat utiliti untuk membaiki jalan raya pada tahun 2013, 2014, 2015.

    Jumlah bilangan kes (mengikut PBT) di mana PBT menggunakan deposit syarikat utiliti untuk membaiki jalan raya pada tahun 2013, 2014 dan 2015 adalah sebanyak 10 kes. Pada tahun 2013, tiada kes PBT menggunakan deposit syarikat utiliti untuk membaiki jalan raya, 3 kes pada tahun 2014 dan 7 kes pada tahun 2015. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    PBT

    Bilangan kes PBT menggunakan deposit

    syarikat utiliti untuk membaiki jalan raya

     

    Jumlah

    2013 2014 2015
    MBSA Tiada Tiada 5 5
    MBPJ Tiada Tiada Tiada 0
    MPK Tiada Tiada Tiada 0
    MPAJ Tiada 1 Tiada 1
    MPSJ Tiada Tiada Tiada 0
    MPS Tiada Tiada 2 2
    MPKj Tiada 1 Tiada 1
    MPSp Tiada 1 Tiada 1
    MDKL Tiada Tiada Tiada 0
    MDHS Tiada Tiada Tiada 0
    MDKS Tiada Tiada Tiada 0
    MDSB Tiada Tiada Tiada 0
    JUMLAH 0 3 7 10

     

  2. Apakah tempoh masa deposit ini dipegang sebelum dipulangkan kepada syarikat utiliti tersebut?

    Tempoh deposit ini dipulangkan kepada syarikat utiliti tersebut adalah enam bulan hingga satu tahun selepas Sijil Penyiapan Kerja dikeluarkan dan tiada kerosakan berlaku dalam tempoh

  3. Adakah MMKN berpuas hati dengan kualiti kerja pembaikan jalan raya oleh pihak utiliti?

    Masih terdapat ruangan untuk dipertingkatkan dari segi kualiti kerja pembaikan jalan raya oleh pihak utiliti dan teknik yang digunakan untuk pembaikan sesuatu jalan. Kerajaan Negeri juga dalam proses mengemas kini tatacara dan proses pemantauan tentang kerja-kerja syarikat

Lampiran

Tiada Lampiran.