Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

155) CUKAI DAN LESEN PBT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jenis cukai dan jenis lesen yang dinaikkan mengikut PBT?

    Tiada kenaikan cukai taksiran oleh PBT sehingga kini. Manakala lesen yang terlibat dengan kenaikan adalah bagi semua aktivti di bawah Undang–undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 1987 dan yang di kemaskini kepada tahun asas 2007.

    Asas kepada semakan semula kadar adalah seperti berikut:

    1. Kadar yang berbeza di antara PBT.
    2. Tiada perbezaan kadar bagi industri dan komersial. iii. Wujud perniagaan baru yang tidak di senaraikan dalam UUK 1987.

    Asas Penetapan Kadar baru:

    1. Penyelarasan kadar supaya tidak wujud perbezaan ketara di antara PBT
    2. Penyesuaian dengan perubahan ke atas perkembangan terhadapsesuatu aktiviti perniagaan
    3. Berlandaskan tahap sosio-ekonomi di sesuatu kawasan PBT berkenaan.
  2. Berapakah kadar kenaikan cukai atau lesen mengikut PBT?

    Kenaikan adalah berdasarkan kepada 2 elemen iaitu keluasan premis dan kategori iaitu membuat/memproses, memborong/menyimpan dan menjual/memberi perkhidmatan. Sebagai contoh, kenaikan sebenar lesen berbanding dahulu ditunjukkan seperti berikut:

    CONTOH KATEGORI LESEN

    PBT Jenis Lesen Kadar pada tahun asas

    1987

    (RM)

    Kadar pada tahun asas

    2007

    (RM)

    Peratus Perbezaan
    MBPJ Pusat Tuisyen 180.00 240.00 33%
    MBPJ Sekolah Persendirian 180.00 180.00 0%
    MPSJ Kedai Jam 180.00 250.00 39%

    CONTOH KENAIKAN MENGIKUT KELUASAN

    PBT Keluasan Kadar pada

    tahun

    asas 1987

    (RM)

    Kadar pada tahun asas 2007

    (RM)

    Membuat/ Memproses Memborong/ Menyimpan Menjual/

    Memberi

    Perkhidmatan

    MPK Ubat Farmasi

    Dan Produk Lain

    Yang Berkaitan

    1,000.00     360.00
    (a) Tidak melebihi 500 m.p 950.00 500.00
    (b) Melebihi 500

    m.p

    1,000.00 650.00
    MPAJ Ubat gigi, sabun pembersih, alat solek, bedak muka, krim rambut atau syampu 400.00 400.00
    (c) Tidak melebihi 500 m.p 280.00 200.00
    (d) Melebihi 500

    m.p

    380.00 400.00
  3. Apakah ada jenis cukai atau lesen baharu yang diperkenalkan di setiap kawasan PBT pada 2008 - 2014?

    Peruntukan Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian di dalam Jadual Ketiga menyatakan apa-apa perniagaan yang tidak termasuk di dalam Jadual boleh dikenakan bayaran lesen dengan kadar maksimum tidak melebihi RM1,000.00. Contoh lesen perniagaan yang telah diperkenalkan adalah seperti berikut:

    Perkara Tahun
    Institusi Perbankan, Hospital Kesihatan (Persendirian),

    Klinik    Kesihatan    (Persendirian),     Pejabat     Guaman,

    Pejabat Perkhidmatan Kontraktor, Pejabat Plaza Tol,

    2013
    Pejabat         Insuran,         Kiriman         Wang,         Pejabat

    Perunding/Konsultan,

    Pejabat Jualan Langsung, Pejabat TNB, Telekom,

    Syabas, Pos, Sekolah Memandu, Agensi Pelancongan,

    Pejabat Alam Flora/Pembersihan/Pembuangan Sampah

    Agensi Pekerjaan, Pejabat Pemasaran, Pajak Gadai,

    Katering, Premis Menjual Minuman Keras,

    Pinjaman Wang Berlesen,

    2012
    Kolam Renang milik persendirian, kelab dan syarikat persendirian 2012

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.