Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

113) BINAAN HARAM DI ATAS LONGKANG DAN PARIT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengawal pembinaan haram di atas longkang, parit atau tanah kerajaan?

    Jumlah keseluruhan binaan haram yang telah diambil tindakan oleh PBT Negeri Selangor pada tahun 2018 adalah sebanyak 4,408 di mana MBSA mencatatkan bilangan binaan haram paling tinggi dengan 1,067 dan paling rendah adalah MPKj sebanyak 51 binaan. Senarai penuh bilangan binaan haram untuk semua PBT Negeri Selangor adalah seperti di Jadual 1 berikut:

    Jadual 1 : Bilangan Binaan Haram Yang Telah Diambil Tindakan Oleh PBT Tahun 2018

     

    PBT BILANGAN BINAAN HARAM YANG TELAH DIAMBIL TINDAKAN TAHUN 2018
    MBSA 1067
    MBPJ 96
    MPK 77
    MPAJ 1030
    MPSJ 1062
    MPS 331
    MPKj 51
    MPSp 55
    MDKL 115
    MDHS 93
    MDKS 338
    MDSB 93
    JUMLAH 4408

    Nota : Sumber data daripada PBT Negeri Selangor.

     

    Tindakan yang diambil untuk Binaan Tanpa Kebenaran adalah mengeluarkan notis dan kompaun. Notis Amaran dan Kompaun boleh dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) di mana PBT mengarahkan pemilik kediaman sama ada untuk mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kelulusan bertulis PBT atau merobohkan binaan sekiranya binaan yang dibina tidak memenuhi syarat dan peraturan PBT. 

    Jenis-jenis binaan haram yang telah diambil tindakan adalah seperti berikut :

    • Pembinaan menara telekomunikasi haram;
    • Pembinaan tempat letak kereta berbumbung di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
    • Pembinaan struktur gerai di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
    • Perletakan kabin di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
    • Pembinaan stor di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
    • Pembinaan binaan yang tidak mematuhi kelulusan pelan bangunan;
    • Pembinaan rumah ibadat bukan islam rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
    • Pembinaan struktur pondok pengawal;
    • Pembinaan gazebo di atas rezab jalan, parit dan kawasan lapang;
    • Pembinaan pagar melebihi sempadan persendirian iaitu memasuki rezab jalan; dan
    • Pembinaan awning melebihi sempadan persendirian iaitu memasuki rezab jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.