Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
45) BANTUAN KEPADA RUMAH BERIBADAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan senarai lengkap bantuan yang ditawarkan kepada masjid/ surau.
Bantuan yang ditawarkan kepada masjid/ surau adalah seperti berikut:
BIL. PERKARA/ BANTUAN JUMLAH SUMBER 1.
Elaun Bulanan Pegawai Masjid Kariah RM1380.00 / bulan
Lembaga Zakat Selangor 2.
Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan
Masjid : RM1,250.00 Surau Jumaat: RM1,000.00
Surau Biasa: RM900.00
JAIS
3.
Insentif Kepada Nazir Masjid, Pengerusi Surau, Siak Masjid dan Siak Surau
Nazir Masjid: RM500.00 Siak Masjid: RM300.00
Pengerusi Surau: RM300.00
Siak Surau: RM300.00
Kerajaan Negeri
4.
Elaun Bulanan Imam Masjid Kariah
RM450.00
Kerajaan Negeri
RM850.00 JAKIM 5.
Kos Penyelenggaraan dan kerosakan Mengikut jenis kerosakan
JAIS
-
Sila kemukakan senarai lengkap bantuan yang ditawarkan kepada rumah beribadat bukan Islam.
Bantuan yang ditawarkan kepada rumah ibadat bukan Islam adalah seperti berikut:
- Bantuan baikpulih rumah ibadat tetapi bukannya bertujuan untuk pembesaran rumah ibadat (selaras dengan garis panduan penggunaan peruntukan)
- Sumbangan bagi pemindahan bangunan keagamaan yang dipindahkan/ dirobohkan;
- Bantuan kewangan untuk tujuan aktiviti pendidikan keagamaan; dan
- Pembelian peralatan bagi mengadakan kelas-kelas