Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
95) BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA WARGA EMAS
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan bantuan kebajikan kepada golongan warga emas.
bentuk bantuan telah disalurkan sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam membantu golongan ini menjalani kehidupan yang sempurna dan terbela.
Di antara bantuan yang telah disalurkan adalah bantuan sumbangan sempena perayaan kepada golongan warga emas yang kurang berkemampuan, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Bantuan Orang Tua (BOT) yang telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan masyarakat Negeri Selangor.
Selain daripada bantuan kebajikan, Kerajaan Negeri juga menyediakan programprogram pembangunan kepada golongan pesara sebanyak RM100,000.00. Pelbagai bentuk program telah dirancang bagi dimanfaatkan golongan pesara yang telah melewati usia emas.
-
Berapakah jumlah warga emas yang menerima bantuan tersebut khususnya di Kawasan Pelabuhan Klang sehingga Jun 2011.
Secara purata, keseluruhan jumlah warga emas yang telah menerima bantuan sumbangan sempena perayaan adalah sebanyak 250 orang pada tahun 2010. Bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE), bantuan ini diberikan kepada waris warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan telah meninggal dunia bagi meringankan beban waris menguruskan jenazah selepas kematian warga emas. Sehingga Mei 2011, dianggarkan seramai 21,427 waris telah menerima bantuan tersebut. Manakala bagi Bantuan Orang Tua (BOT) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, seramai 10,225 orang telah menerima bantuan tersebut pada tahun 2010 dengan kadar RM300.00 seorang kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.