Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
186) BANJIR KILAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah banjir kilat yang telah dilaporkan di Selangor pada 2017.
Berikut adalah jumlah kejadian banjir kilat yang telah dilaporkan sepanjang tahun 2017 mengikut pecahan daerah di Selangor :
DAERAH JUMLAH KEJADIAN YANG DILAPORKAN HULU SELANGOR 14 SABAK BERNAM 6 KUALA SELANGOR 15 KLANG 52 PETALING 31 GOMBAK 56 HULU LANGAT 32 KUALA LANGAT 7 SEPANG 13 JUMLAH KESELURUHAN 226 KEJADIAN -
Nyatakan jumlah kerugian dan perbelanjaan Kerajan Negeri akibat perkara tersebut.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor telah membelanjakan sejumlah RM351,156.30 untuk kegunaan sumbangan wang ihsan kepada mangsa-mangsa bencana banjir kilat yang layak. Selain itu juga, pada RMK-11, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sejumlah RM95,000,000.00 bagi projek menaiktaraf saliran melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor bagi mengatasi banjir kilat. Walau bagaimanapun, maklumat jumlah kerugian akibat banjir kilat tiada dalam penilaian.