Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
195) BALAI POLIS TAMAN PUTRA PERDANA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah tapak cadangan pembinaan balai polis ini telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan?
Tapak cadangan pembinaan balai polis ini masih belum diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
-
Apakah permasalahan yang dihadapi dan apakah jalan penyelesaian untuk mempercepat proses ini?
Masalah yang dihadapi oleh Continental Height Sdn. Bhd. Adalah masalah kewangan sehingga bayaran premium yang dikenakan tidak dijelaskan. Tapak bagi balai polis terletak dalam pembangunan di Blok E. Terdapat banyak Kaveat Persendirian dan Kaveat Pendaftar telah dimasukkan ke dalam hakmilik. Sekiranya pihak Syarikat dapat menyelesaikan masalah Kaveat tersebut, maka Pentadbiran ini akan mengemukakan Kertas Ringkasan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor selanjutnya agar proses serahan bagi tapak balai polis dapat dilaksanakan.
Maklumat Tambahan:
Terdapat 6 Kaveat Persendirian dan 100 Kaveat Pendaftar. Sekiranya telah mendapat ‘consent’ maka pelilik tanah bolehlah mengemukakan permohonan untuk diangkat ke MMKN untuk kelulusan.