Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
95) ALAM SEKITAR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan dalam pemeliharaan hutan simpanan yang terlibat dalam Projek Infrastruktur Persekutuan?
Dasar Kerajaan Negeri Selangor berkenaan penggunaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi Projek Infrastruktur Persekutuan adalah seperti berikut :
- Kawasan HSK yang terlibat merupakan pilihan cadangan terakhir; ii) Projek tersebut mempunyai kepentingan nasional yang akan memberi kemudahan kepada rakyat dan masyarakat setempat;
- Pihak pemohon telah melaksanakan beberapa kajian yang berkaitan dan telah mendapat kelulusan seperti Kajian Environmental Impact Assessment (EIA), Detail Environment Impact Assessment (DEIA), Pelan Hidupan Liar dan kajian-kajian lain yang berkaitan;
- Mendapat ulasan dan sokongan daripada Jabatan-jabatan dan Agensi-
- agensi teknikal yang berkaitan;
- Proses Penyiasatan Awam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
- Penyiasatan Awam; vi) Laporan Penuh Jawatankuasa Penyiasatan Awam akan disediakan dan diangkat bersama Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);
- Sekiranya diluluskan, proses pewartaan pemansuhan dan penggantian HSK akan dijalankan serentak dengan keluasan yang sama atau lebih besar; dan
- Selain itu, gantirugi pokok dengan gandaan tiga (3) juga akan dikenakan bagi kawasan yang terlibat.
-
Apakah perancangan Kerajaan dalam pemeliharaan lembaran sungai supaya pembekalan sumber air tidak tercemar?
Perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan lembangan sungai terpelihara bagi kelangsungai bekalan air dilaksanakan dalam pelbagai kaedah secara holistik dan bersepadu iaitu seperti berikut:
- LUAS sedang di dalam pelaksanaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Selangor (2015 – 2020) bersama-sama agensi lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pelan ini dilaksanakan melalui 4 Polisi iaitu Polisi 1: Sumber Air Mencukupi, Polisi 2: Sumber Air Bersih, Polisi 3: Perlindungan daripada Banjir dan Polisi 4: Pemuliharaan Kelip-Kelip dan Ekosistem. Bengkel pengemaskinian status pelaksanaan Pelan tersebut telah diadakan pada 17 Januari 2017. Pendekatan ini juga digunapakai bagi pelaksanaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Langat (2015-2020) dan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Klang (2016-2021);
- LUAS akan menyediakan terma rujukan bagi penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bernam pada tahun 2018 dengan kerjasama Negeri Perak. Bengkel Pengurusan Lembangan Sungai Bernam telah diadakan pada 20 dan 21 Disember 2016 bagi mendapatkan cadangan terma rujukan yang sesuai dan tepat daripada agensi dari keduadua negeri;
- LUAS juga dalam peringkat pemasangan stesen telemetri bagi kuantiti dan kualiti air bermula dengan Lembangan Sungai Selangor dan akan diikuti dengan Lembangan Sungai Langat pada tahun ini; dan
- LUAS juga sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang berpotensi untuk mencemarkan sumber air terutamanya di kawasan rizab sungai. Pengemaskinian maklumat lengkap inventori akan dijalankan bagi tujuan tindakan penguatkuasaan bersepadu.
-
Apakah status dan rancangan Kerajaan dalam usaha mengurangkan emisi Karbon atau Jejak Karbon?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor telah di luluskan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 28/2015 pada 2 September 2015. Melalui Pelan Tindakan ini, Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan semua PBT Negeri Selangor sebgai perbandaran hijau dan seterusnya mencapai Bandar Rendah Karbon menjelang 2030. Pelaksanaan perbandaran hijau di Negeri Selangor akan menerima pakai Kerangka Bandar Rendah Karbon atau Low Carbon Cities Framework and Assessment System
(LCCF).
Enam (6) buah PBT yang dicadangkan untuk menjadi perintis Bandar Rendah Karbon adalah seperti berikut :
- i) Majlis Bandaraya Petaling Jaya
- ii) Majlis Bandaraya Shah Alam
- iii)Majlis Perbandaran Subang Jaya
- iv)Majlis Perbandaran Sepang
- v)Majlis Perbandaran Klang
- vi)Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Seterusnya, 12 buah PBT akan menerima pakai LCCF menjelang tahun 2020; dan 4 buah bandar akan diiktiraf di peringkat Antarabangsa sebagai Bandar Hijau (Green Cities) menjelang tahun 2030. Disamping itu juga, Kerajaan Negeri giat melaksanakan lagi 7 elemen di dalam Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor yang fokus kepada pengurangan penggunaan tenaga, air dan sisa serta emisi karbon. Antara tindakan yang sedang dilaksanakan adalah seperti berikut :
- Perolehan Hijau Kerajaan;
- Pemasangan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle) Di Selangor;
- Penggunaan Kereta Elektrik Sebagai Kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor;
- Penggunaan Bas Elektrik Bagi Program ‘Bas Percuma’ Di PBT;
- Pemasangan Bumbung Solar Bagi Projek Perumahan Selangorku; vi) Bangunan Cekap Tenaga Di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor; dan Program Penghijauan Taman Industri.
Selain itu juga, Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT Negeri Selangor turut mengadakan pelbagai program kesedaran kepada masyarakat mengenai amalanamalan hijau yang boleh dilaksanakan di dalam kehidupan seharian seperti amalan jimat tenaga, kitar semula, penggunaan laluan basikal dan laluan pejalan kaki, kompos, dan kebun komuniti.