Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

45) BANTUAN KEPADA RUMAH BERIBADAT

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai lengkap bantuan yang ditawarkan kepada masjid/ surau.

    Bantuan yang ditawarkan kepada masjid/ surau adalah seperti berikut:

    BIL. PERKARA/ BANTUAN JUMLAH SUMBER
     

    1.

    Elaun Bulanan Pegawai Masjid Kariah  

    RM1380.00 / bulan

    Lembaga Zakat Selangor
     

     

    2.

     

    Sumbangan                                 Moreh Bulan Ramadhan

    Masjid : RM1,250.00

    Surau Jumaat: RM1,000.00

    Surau Biasa: RM900.00

     

     

    JAIS

     

     

     

    3.

     

     

    Insentif Kepada Nazir Masjid,                         Pengerusi Surau, Siak Masjid dan Siak Surau

    Nazir Masjid: RM500.00

    Siak Masjid: RM300.00

    Pengerusi Surau: RM300.00

    Siak Surau: RM300.00

     

     

    Kerajaan Negeri

     

    4.

     

    Elaun    Bulanan    Imam Masjid Kariah

     

    RM450.00

     

    Kerajaan Negeri

    RM850.00 JAKIM
     

    5.

    Kos             Penyelenggaraan dan kerosakan  

    Mengikut jenis kerosakan

     

    JAIS

     

  2. Sila kemukakan senarai lengkap bantuan yang ditawarkan kepada rumah beribadat bukan Islam.

    Bantuan yang ditawarkan kepada rumah ibadat bukan Islam adalah seperti berikut:

    • Bantuan baikpulih rumah ibadat tetapi bukannya bertujuan untuk pembesaran rumah ibadat (selaras dengan garis panduan penggunaan peruntukan)
    • Sumbangan bagi pemindahan bangunan keagamaan yang dipindahkan/ dirobohkan;
    • Bantuan kewangan untuk tujuan aktiviti pendidikan keagamaan; dan
    • Pembelian peralatan bagi mengadakan kelas-kelas

Lampiran

Tiada Lampiran.