Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
95) PROJEK RENTIS TALIAN BEKALAN ELEKTRIK PROJEK CAR KAMPUNG BARU SUNGAI TERENTANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status penarikan pengambilan tanah bagi Projek Rentis Talian Bekalan Elektrik di Kampung Baru Sungai Terentang Rawang.
Pengambilan tanah bagi jajaran asal di Kampung Baru Sungai Terentang telah diwartakan di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah pada tahun 2007 lalu melibatkan 35 hak milik di atas tapak. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 36/2016 pada 26 Oktober 2016 yang telah mengesahkan keputusan MMKN Ke 35/2016 pada 19 Oktober 2016 bersetuju supaya penarikan balik daripada pengambilan tanah di bawah Seksyen 35 Akta Pengambilan Tanah 1960 [APT 1960] dibuat ke atas kesemua 35 lot tanah di Kampung Baru Sungai Terentang yang terlibat dalam jajaran projek Rentis Talian Bekalan Elektrik “CAR” 275KV. Ini kerana jajaran baru bagi talian TNB 275KV dari PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada tahun 2014 dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telahpun menggunakan jajaran baru
Selaras dengan keputusan MMKN, Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri melalui surat rujukan (16)dlm.IPK.Sel.6044/2/3 bertarikh 19 Mei 2017 telah membuat permohonan secara rasmi kepada Pentadbir Tanah Gombak bagi tujuan penarikan balik daripada pengambilan yang melibatkan kawasan yang dimaksudkan.
Urusan penarikan pengambilan tanah di bawah Seksyen 35 APT 1960 telah selesai di mana Warta Kerajaan Negeri No.2394 telah diterbitkan pada 22 Jun 2017 dan kesemua endorsan Borang D (cadangan pengambilan tanah) di dalam hakmilik penduduk telah dibatalkan berkuatkuasa pada 29 Disember 2017.
-
Bilakah menara Rentis Talian Bekalan Elektrik Projek CAR akan diroboh?
TNB memaklumkan bahawa pihaknya sedang dalam proses menerbitkan tender bagi kerja-kerja perobohan menara dan struktur-struktur yang berkaitan di tapak Kampung Baru Sungai Terentang Rawang. Proses tender, pelantikan kontraktor dan kerja-kerja hakiki perobohan menara dan struktur ini dijangka siap dalam masa enam (6) bulan dari sekarang.
-
Apakah status tanah berkenaan Rentis Talian Bekalan Elektrik 33KV di Kampung Sungai Terentang?
Laluan tanah untuk Rentis Talian Bekalan Elektrik 33KV di Kampung Sungai Terentang masih lagi di bawah izin lalu/rentis TNB sejak kampung itu wujud pada tahun 1949. Izin lalu/rentis TNB telah diberi oleh Kerajaan British kepada Lembaga Lektrik Negara pada ketika
TNB mengesahkan bahawa rentis sedia ada di Kampung Baru Sungai Terentang, Rawang yang pada awalnya telah diperolehi secara izin lalu di bawah Akta Elektrik 1949 tidak lagi diperlukan dan dibatalkan.