Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
40) PERUMAHAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kerosakan bumbung dan pemendapan tanah di Flat Taman Teluk Gedung Indah Pelabuhan Klang?
Pada 1 Mac 2018 satu lawatan tapak bersama Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur serta cawangan Kejuruteraan Geoteknik telah dijalankan bagi menjalankan siasatan awal terhadap kerosakan yang berlaku di Pangsapuri Telok Gedung Indah, Klang. Pihak JKR Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur mengesyorkan supaya melantik juruperunding sivil dan struktur bagi membuat penilaian struktur secara menyeluruh ke atas komponen struktur dan sivil serta anggaran kos pembaikan. Bagi JKR Cawangan Kejuruteraan Geoteknik pula mencadangkan supaya menjalankan satu kerja penyiasatan tanah (S.I), borehole (2 Nos.) bagi menentukan mendapan yang telah berlaku dan baki mendapan yang dijangka berlaku. Anggaran kos bagi kerja penyiasatan tanah yang dicadangkan ini adalah sebanyak RM30,000.00.