Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

40) SUKMA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos yang telah digunakan dan bilangan orang yang terlibat dalam SUKMA 2024?

    Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM 12,290,436.16 bagi tujuan Temasya SUKMA 2024 meliputi perbelanjaan seperti berikut :-

     

    Bil Perkara Jumlah
    1 Persediaan Pasukan RM 8,000,000.00
    2 Peruntukan tambahan RM 2,786,136.16
    3 Insentif SUKMA RM 1,504,300.00
    Jumlah Keseluruhan RM 12,290,436.16

     

    Jumlah keseluruhan penglibatan atlet / pengurusan pasukan jurulatih dan pegawai sektreriat Kontinjen SUKMA Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    BIL SUKAN / ACARA PENGURUS JURULATIH PEGAWAI TAMBAHAN L W JUMLAH
    1 Akuatik  Renang 1 2 2 12 12 29
    2 Angkat Berat 1 2 1 2 2 8
    3 Badminton 1 2 8 8 19
    4 Berbasikal 2 3 3 13 7 28
    5 Gimnastik  Gimrama 1 1 9 11
    Gimnastik Artistik 1 2 6 6 15
    6 Golf 1 2 4 4 11
    7 Lawan Pedang 1 3 7 8 19
    8 Memanah 1 4 8 8 21
    9 Menembak 1 2 2 10 9 24
    10 Olahraga 1 6 12 16 35
    11 Pelayaran 1 2 1 4 5 13
    12 Hoki 2 4 1 18 18 43
    13 Judo 1 1   4 7 13
    14 Ping Pong 1 2 1 6 6 16
    15 Taekwondo 1 3 1 4 5 14
    16 Karate-do 1 3 10 9 23
    17 Lawn Bowls 1 2 1 6 6 16
    18 Pencak Silat 1 3 1 7 9 21
    19 Sepak Takraw 2 4 1 14 11 32
    20 Skuasy 1 2 4 4 11
    21 Tenpin Boling 1 2 1 6 6 16
    22 Wushu 2 2   5 4 13
    23 Bola Jaring 1 2     12 15
    24 Bola Keranjang 2 4   12 12 30
    25 Bola Sepak 2 12   23 23 60
    Futsal 1 4   15   20
    26 Bola Tampar Dewan 2 4   14 14 34
    Bola Tampar Pantai 1 2   4 4 11
    27 Ragbi 2 4 2 12 12 32
    28 Tenis 1 2   6 5 14
    29 E-Sports 1 3 1 19   24
    30 Muay Thai 1 2   9   12
    31 Petanque 1 2   7 7 17
    32 Tinju 1 2 1 5 2 11
    33 Catur 1 2   6 6 15
    34 Kabaddi 2 3 1 12 12 30
    35 Kriket 2 4   16 13 35
    36 Silambam 1 2   9 9 21
    37 Sofbol 2 4   17 17 40
    38 Pegawai Sekteriat           85
      Pasukan Sains Sukan           32
    JUMLAH KESELURUHAN 51 117 21 356 327 989
  2. Apakah pandangan kerajaan terhadap prestasi atlet yang mewakili Selangor di SUKMA 2024?

    Kontinjen Negeri Selangor telah menyertai Temasya SUKMA yang berlangsung pada 17 sehingga 24 Ogos 2024 Sarawak lalu. Kontinjen SUKMA Negeri Selangor telah menduduki tempat ke-3 daripada 15 Negeri / Negara yang mengambil bahagian dengan perolehan 56 Emas, 64 Perak, 60 Gangsa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 180 pingat. Atlet Negeri Selangor dari sukan Akuatik Renang iaitu Andrew Goh Zheng Yen juga telah dinobatkan sebagai Olahragawan Temasya SUKMA 2024 setelah memperolehi 5 pingat Emas dengan memecahkan 2 rekod kebangsaan dan 2 rekod kejohanan. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri Selangor berpuas hati dengan pencapaian semua atlet yang telah menyertai Temasya SUKMA 2024 setelah menepati sasaran kedudukan 3 tempat teratas seperti yang telah ditetapkan sebelum Temasya SUKMA berlangsung.

  3. Apakah rancangan persediaan untuk SUKMA 2026?

    Kerajaan Negeri Selangor sangat komited dalam memastikan kecemerlangan atlet negeri sentiasa berada pada tahap yang terbaik seiring dengan matlamat untuk negeri Selangor kekal sebagai sebuah Negeri yang cemerlang di dalam bidang sukan di Malaysia. Bagi tujuan persediaan pasukan ke Temasya SUKMA 2026, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah merangka dan akan melaksanakan beberapa langkah serta strategi dalam meningkatkan prestasi atlet serta jurulatih sukan di Negeri Selangor terutamanya sebagai persiapan kontinjen Negeri Selangor ke Temasya SUKMA 2026. Program persediaan atlet akan dibahagikan kepada 4 fasa dan akan dimulakan seawal Januari 2025. Antara strategi yang telah dirancang oleh pihak Majlis adalah dimana ke semua atlet yang disenaraikan ke program persediaan pasukan perlu / wajib untuk menandatangai kontrak ataupun surat akurjanji yang dipersetujui dalam memastikan semua peraturan / syarat / pengekalan prestasi dan pematuhan disiplin diikuti oleh atlet mahupun ibubapa / penjaga. Ini bagi memastikan atlet akan sentasa menjaga prestasi serta disiplin yang tinggi.

    Pelbagai bentuk atau kaedah strategi telah dirancang dan akan dijalankan mengikut keperluan dan kesesuaian setiap sukan. Bagi meningkatkan prestasi atlet, antara perkara asas adalah penerapan program sains sukan berkaitan latihan fizikal dan teknikal yang berterusan, penggunaan peralatan yang terkini, keselamatan dan keselesaan pusat latihan dan penyertaan ke kejohanan untuk mengukur prestasi semasa.

    Selain itu juga, program sokongan yang lain seperti kem latihan atlet, program pengukuhan mental dan psikologi juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan atlet yang terbaik. Kesemua keperluan asas ini adalah diperlukan secara holistik dan berterusan untuk kemajuan dalam pembangunan prestasi atlet dari masa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.