Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

316) TUGAS AHLI MAJLIS KAWASAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila perjelaskan tugas secara terperinci tugas- tugas dan tanggungjawab Ahli Majlis . Ini akan mengelakkan pertindihan tanggungjawab dari Wakil Rakyat dan Ahli Majlis.

    Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1/2021 – Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang berkuat kuasa pada 1 September 2021 jelas menerangkan tugas dan tanggungjawab Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Ahli Majlis PBT merupakan wakil kepada PBT dan Kerajaan Negeri dalam menyampaikan dasar, inisiatif serta program kepada komuniti setempat. Tugas-tugas Ahli Majlis PBT adalah seperti berikut:

    1. Bertanggungjawab sebagai ahli bagi jawatankuasa-jawatankuasa PBT seperti berikut:
    • Jawatankuasa Kewangan;
    • Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan;
    • Janwatankuasa Infrastruktur;
    • Jawatankuasa Pengindahan Bandar;
    • Jawatankuasa Perkhidmatan dan Teknologi Maklumat;
    • Jawatankuasa Kemasyarakatan; dan
    • Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

     

    2. Bertanggungjawab sebagai pemerhati bagi jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:

    • Jawatankuasa Tender dan Sebutharga

     

    3. Bertanggungjawab sebagai Ketua Zon kawasan masing-masing mengikut PBT. Ahli Majlis perlu melaksanakan Program Sosial/ Mesra Rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.