Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

297) SISTEM TENDER TERENDAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pegawai penguatkuasa PBT di seluruh Negeri Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pegawai penguatkuasa PBT di Negeri Selangor adalah seramai 1,987 orang.

  2. Adakah penguatkuasa diberikan 'bodycam' semasa menjalani tugas penguatkuasa?

    Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bilangan 1/2020 pada 18 Februari 2020 yang telah bersetuju supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkemampuan dari segi kedudukan kewangan membekalkan kamera badan bagi Pegawai-Pegawai Penguatkuasa di PBT masing-masing untuk meningkatkan keselamatan pegawai. 11 buah PBT telah menggunakan kamera badan dan hanya 1 PBT masih belum menggunakan kamera badan iaitu MDSB.

  3. Berapakah jumlah kos jika ‘bodycam' diperuntukkan untuk penguatkuasa PBT di seluruh Negeri Selangor?

    Kos pembelian kamera badan oleh PBT di Negeri Selangor adalah RM697,630.00 dengan pecahan seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.