Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
207) PEMASANGAN KAMERA BADAN BAGI PEGAWAI PENGUATKUASA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai pelan untuk mewajibkan pemakaian kamera badan bagi pegawai penguatkuasa untuk mengelakkan kejadian penyalahgunaan kuasa?
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bilangan 1/2020 pada 18 Februari 2020 telah bersetuju supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkemampuan dari segi kedudukan kewangan untuk membekalkan kamera badan bagi Pegawai-Pegawai Penguatkuasa di PBT masing-masing untuk meningkatkan keselamatan pegawai. Pada masa ini, hanya MDSB yang masih belum menggunakan kamera badan.