Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
42) INFRASEL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jenis-jenis penyelenggaran yang dilaksanakan oleh pihak INFRASEL?
Pihak Infrasel melakukan penyelenggaraan jalan-jalan negeri bagi Negeri Selangor meliputi sembilan (9) daerah sepanjang 4,061km. Kerja-kerja penyelenggaraan terdiri daripada penyelenggaraan rutin dan bukan rutin.
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan kepada INFRASEL setakat ini?
Infrasel diberi tempoh konsesi selama lima (5) tahun bermula Februari 2021 sehingga 2025. Nilai peruntukan tahunan adalah sebanyak RM88,175,525.00 setahun bagi penyelenggaraan jalan-jalan negeri di Negeri Selangor Darul Ehsan.