Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

185) ANAK SG UDANG

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah maklumat terkini berkaitan proses menaik taraf Anak Sg. Udang yang sering terjadi kejadian banjir kilat?

    Bagi penyelesaian jangka panjang, JPS telah memohon peruntukan sebanyak RM35 juta dalam RMKe-12 melalui Peruntukan Persekutuan bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Anak Sungai Udang yang mana ia melibatkan kerja-kerja menaiktaraf Anak Sungai Udang sepanjang 2km dan melibatkan pengambilan balik tanah. Permohonan ini telah diangkat semula dalam Rolling Plan 3 dan masih belum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

    Berdasarkan keperluan untuk menyegerakan projek ini dan rekabentuk telah siap, JPS akan mengangkat permohonan ini kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan di bawah RMKe-12 tahun 2022/2023.

    Selain daripada tindakan jangka masa panjang, Kerajaan Negeri melalui JPS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM39,675,000.00 bagi melaksanakan kerja-kerja segera di kawasan 50 hotspot banjir di Negeri Selangor dimana sebanyak RM500,000.00 juta telah diperuntukan di kawasan Dun Taman Templer dan Dun Sungai Tua bagi melaksanakan 2 kerja melibatkan skop penyelenggaraan dan pengorekan sungai serta pemasangan pam.

Lampiran

Tiada Lampiran.